December 31, 2010

GIVEAWAY DARI SHAWLSAYUCINTA

okay la...kali ni btul..

ni entry terakhir tahun ni..haha :P

disebabkan aku nk shawl nih...terpakse la langgar janji diri sendiri.

saya dah d tag oleh fatin othman.. thx ek



kalau nk join klik banner dia..

tarikh tutup 1/1/11 santekkan tarikh ni :P

syarat2 dia semua ada dlm blog dia...



dan 3 org y saya mahu tag...

ain
fateen
azie

December 30, 2010

entry terakhir tahun ni

ini adalah entry terakhir bagi tahun ni.

lepas ni saya xnak lagi buat post baru bagi sepanjang tahun ni.

keputusan saya adalah muktamad!!

jumpa lagi tahun depan.


macam la lame sangat nak masuk tahun baru :P

selamat tahun baru,

harap iman anda sudah diupdate ke version 2011

biarlah tahun akan datang ni lebih baik dari tahun sebelum ni.

buat la perubahan yang baik sempena tahun baru ni walaupun sedikit... :)





December 29, 2010

semangat sem baru!!

ni jadual klas saya utk sem depan...

harap ada perubahan lagi terutamanya klas maghrib tu...kite boleh tukar kuliah maghrib :P

memandangkan bola tadi Malaysia menang, saya umumkan semua pelajar UiTM cuti esok...

selamat bercuti...


December 24, 2010

cuti dah nak habis la~

tinggal lagi seminggu cuti sem akan berakhir

jangan sedih dan jangan kecewa, marilah kita sama-sama amek semangat baru

saya sedang mengumpul kekuatan untuk menempuh sem baru ni fighto!!


antara subject yang dah saya daftar untuk sem depan...

linear algebra II

calculus II

physic II

java

maths logic

kalau anda ada sama subject dengan saya, meh la kite berjuang sama...




ni cara paling cool yang saya jumpa utk selesaikan maths. :P

anda juga bley merujuk website JMT untuk cari cara penyelesaian yang cool utk calculus (mungkin algebra juga ada)

kepada rakan-rakan seperjuangan, fighto!!!

saya macho

" suke la tgk org pakai spek nih, nampak smart dan macho "


sumpah aku tak pernah cakap perkataan di atas tuh!

aku ada kawan yang teringinnn sangat nak pakai menatang ni.

siap pinjam-pinjam spek dengan rakan sebaya, konon-konon pelajar universiti kene pakai spek baru nampak smart dan terpelajar. 9/10 kawan-kawan aku yang tak rabun, nak pakai spek.

korang nak sangat ke jadi gadis berkaca mata ni?

secara umumnya, rabun bermakna cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan lensa sebelum jatuh ke atas retina (retina ialah lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf). Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina. Rabun bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

mata atas sekali adalah mata yang normal, cahaya dapat difokuskan kat rentina... gambar tengah2 bagi mereke yang menghadapi masalah mata, tak dapat melihat object dengan jelas. dengan adanya bantuan kanta, seperti gambar bawah sekali, barulah kami dapat melihat dengan jelas.

kalau korang nak sangat pakai spek.... korang kene rabun dulu.

baru lah si pemakai kaca mata sejati!

rabun ada beberapa jenis...rabun dekat (myopia), rabun jauh (hyperopia), dekat dan jauh (astigmatism). so...korang nk rabun mana satu?

4/5 kawan aku yang nak sangat pakai spek dah pun berjaya pakai spek. TAHNIAH. :P nak sangat pakai spek kan?

tapi percayalah, mereke semua bertahan pakai spek cuma seminggu je. lepas tu pakai spek hanya bila perlu.. agaknya baru sedar..nikmat mata dah ditarik sedikit.

ape yang tak best pakai spek ni... susah nk betulkan tudung, bila makan tudung jadi rosak, takde spek umpama takde mate, asal mata korang bukak je kene pakai spek... maka spek anda mungkin berkarat, berlumut, bercendawan dan sebagainya...

banyakkk lagi effect dia... malas nak cerita... so...korang masih nak pakai spek lagi ke? hoh~

sources: sini


December 22, 2010

katakan TANAK PTPTPU



tolong lah bertimbang rasa demi anak bangsa yang cemerlang nih... banyak kut 3% nih

December 18, 2010

Islam is my way

Ya Allah... rasa geram sangat2 tengok gambar kat website ni

dah memang sangat-sangat sesat.

teringat lak kisah perbualan aku dengan pengikut fahaman Tao semasa aku kerja  di Jusco.

aku tak kisah kalau nak berborak dengan pelbagai agama dan bangsa, biasa lah.... 1 Malaysia kan.


dia : saya nak tanya sikit la, apa matlamat hidup awak?

aku : err nak masuk Syurga lah..kenapa? aku ragu2 nk jawab sebab dia bukan Islam

dia : so, apa yang awak buat untuk capai matlamat awak?

sebagai Islam aku jawab la perbuatan seharian aku termasuklah aku terangkan konsep amal makruf nahi munkar tu... aku harap dia faham, mulanya aku ingat dia berminat pasal Islam. memandangkan akhlak dia sangat baik. tapi.....bak kate omputeh 'don't judge the book by its cover'...

setelah banyak sesi soal jawab aku dengan dia, dia terangkan pasal fahaman Tao yang dia amalkan kat aku.

sekarang giliran aku pulak tanya soalan. sebijik macam yang dia bagi kat aku mula2 tadi.

aku: apa matlamat hidup awak?

dia: saya nak masuk syurga lah...sama la macam awak.

aku: ape yang awak buat untuk masuk syurga.

dia: saya pun ada sembahyang juga. tapi sembahyang saya lain sikit dari awak. saya bukan sembahyang kat tokong tau. nak buat kat rumah pun boleh. sambil buat gaya dia sembahyang

aku: so sape yang awak sembah?

dia: sama macam awak lah.. ALLAH

aku: huh? think again... are you sure? kemain confident lagi ko jawab

dia: yes... saya bagi awak contoh yang senang, ada banyak cara untuk pergi Jusco. naik kerete, motor, basikal, jalan kaki... tak kisah lah cara apa yang awak gune, yang penting awak akan sampai ke Jusco juga kan... that what i'm doing. i'm choosing my way.. kite ikut cara yang berbeza untuk capai matlamat yang sama.

wah bukan main lagi ko berbahasa bahasi dengan aku ek. disinilah bermulanya debat antara aku dan dia sebagai promoter jusco. sesuka hati macik ko je Tuhan kite same. aku bukan ape, aku rasa dia masih boleh dibimbing. mana la tau, dia dapat hidayah lepas borak-borak camni...

tapi tak sangka, lepas aku menang debat dgn dia berkali2 pada hari itu, dia mengakhiri hujah dia dengan....

dia: kalau awak mau tau pasal Tao, saya boleh bawak awak jumpa seseorang. dia memang hebat pasal Tao ni. dia boleh terangkan kat awak

aku: its okay, saya cuma nak tau je sedalam mana awak tau pasal pegangan awak ni. saya tak berminat nak dengar dari mulut orang lain selain awak. saya rasa awak kene kaji lagi pasal Tao. saya cume tanya awak, siapa Tuhan awak pun awak tak dapat jawab. awak kaji dulu pasal Tao tu dulu sebelum awak teruskan.

dia: no.. saya faham dengan Tao ni. saya cume susah nak communicate dengan awak, saya tak pandai nak cakap. kalau awak nak tau, awak bagi tau saya bile awak lapang, saya bawak awak jumpa orang tu

aku: xpe lah. awak sendiri pun tak tahu sangat pasal pegangan awak, awak kaji la dulu. saya tak berminat.

aku tak berani lagi nak jumpe orang kuat dia...haha kang songsang tak pasal-pasal. sebenarnye motif dia borak dengan aku sebab nak kembangkan ajaran Tao tu.. aku tak salahkan dia, sebab bagi orang yang beragama lain, mesti lah dia anggap agama dia je yang betul..

memandangkan satu je soalan yang aku tanya dia tak dapat jawab.. aku rasa berjam-jam jugak lah aku berdialog dengan dia. susah sangat nak jawab sape Tuhan dia. dia tak habis-habis cakap Tuhan dia Allah...

dia yang tak tau Tuhan dia sape pun sembahyang, buat amal, akhlak baik... Islam yang dah terang-terangan menyembah Allah, kitab Al-Quran jadi pegangan sepanjang zaman, Sunnah digunakan sampai sekarang. kenapa ada je orang yang susah nak ikut.. sangat beruntung aku dilahirkan sebagai Islam.



December 15, 2010

otak dan gender

tahukah kamu purata orang yang memiliki IQ yang genius hanya 15% sahaja di dunia ini...

agak2 kalau anda tergolong dalam 15% ni, sila add saya di facebook, saya nk berkenalan :P


saya tergerak nak merepek pasal otak lelaki dan perempuan ni lepas miss classmate saya cakap camni,

lelaki berupaya memilih maklumat dan menyimpan di dalam memori. tetapi wanita selalunya akan mengimbas maklumat berkenaan tanpa henti. cara wanita untuk berhenti memikirkan masalahnya adalah dengan meluahkannya dan berkongsi masalah. lelaki pula akan terus menyimpan dan hanya akan mengimbaskannya dalam keadaan tertentu sahaja, bukan sentiasa.

bestkan? ni lah salah satu perbezaan memori lelaki dan perempuan.

mungkin sebab tuh la aku share website yang meloyakan tekak aku, sampai tak lalu makan satu malam lepas tengok gamba yang xberapa best tu kat miss ex-sleeping partner. konon-konon boleh pindahkan perasaan geli kat dia la.. haha

okay sebenarnye lepas perempuan share 'memori' dia, sebenarnye tak de la nak cari jalan penyelesaian, cuma dia mahu seseorang untuk mendengar... ni kata pakar tau. kepada anda yang biasanya menjadi pendengar setia saya, terimakaseh ya. :)

mungkin sebab ni la perempuan suke mengayam ketupat kut

jarak penglihatan lelaki sempit! sebab otak lelaki diaturkan untuk memburu berbanding dgn perempuan yang berkebolehan untuk membaca maklumat yang lebih banyak.

sempit2 laki ni pun, mereke handal menyelesaikan masalah teknikal berbanding wanita. memang layak la laki kene tau baiki kerete, untuk pihak perempuan menumpang kasih..haha :P

wanita merupakan pendengar yang baik dengan menggunakan lebih banyak perkataan ketika bercakap dan lebih berdikari menyiapkan tugasan. banyak perkataan bukan bermakna kuat membebel ya

lagi satu~ wanita ni dianugerahkan oleh Allah dengan perasaan... :) ni ayat seorang kawan saya. sebab tu la wanita lebih sesuai jaga anak, buat kerja rumah, dan lain2 yang melibatkan pengurusan keluarga.. hebat jugak wanita ni :)

sebab tu la ibu tunggal boleh survive menguruskan anak2 dan bekerja.. tapi lelaki 'terpaksa' mencari pengganti untuk membantu menguruskan keluarga. 


Tujuh perbezaan psikologi lelaki dan wanita


lelaki memahami suatu situasi secara keseluruhan dan berfikir secara global, sedangkan wanita focuskan pemikiran secara terperinci... detail sedetailnya lah... 


lelaki adalah pembina dan pencipta, mereka rela amek risiko untuk buat eksperimen. wanita pula memilih pengetahuan yang paling bernilai dan menurunkannya kepada generasi seterusnya. sesuai jadik cikgu ni :)

lelaki lebih berdikari dalam pemikiran dan tindakan. wanita mengikut idea yang disyorkan orang lain. sekarang ni, anda boleh setuju kat entry saya yang ni

wanita kurang menghargai atau memuji diri mereka berbanding lelaki. wanita sering mengkritik diri sendiri dan lelaki sering puas hati dengan pencapaian diri. kepada awak, awak dan awak kaum lelaki, saya bukan nak bagi jawapan annoying tau! bila awak tanya saye exam macammana? saya jawab susah~ sebab saya tak puas hati dengan performance saya.


kepuasan bagi lelaki adalah karier dan kejayaan. bagi perempuan keluarga dan anak2. kene kahwin cepat ni baru puas :P


lelaki lebih memikirkan mengenai keperluan mencapai impian mereka. wanita lebih menitikberatkan perhubungan. silaturrahim gittew~


Lelaki jatuh sakit pada kekerapan yang sama seperti wanita walaupun wanita lebih prihatin terhadap kesihatan diri. Wanita menghadapi kesakitan atau kerja yang membosankan lebih baik daripada lelaki.


kajian dia atas ni, mungkin tidak melibatkan anak-dara wannabe, nyah wannabe, atau gay wannabe. saya tak tahu kalau ada kajian lain yang membandingkan perbezaan otak anda dengan mereke-mereka yang wannabe ni. 

Kajiannya mendapati 20 peratus daripada responden lelaki dan wanita mempunyai otak jantina berbeza - lelaki memiliki otak wanita dan sebaliknya; 20 peratus lagi mempunyai otak yang seimbang manakala 60 peratus mempunyai otak yang khusus mengikut jantina masing-masing.

bagi lelaki yang memiliki otak wanita, dan wanita berotak lelaki...ni lah terjadinya cerita mr. mama... ala cerita husband jadik house-wife.. camtu lah kisahnya bagi lelaki yang bekerja sebagai juru solek, perempuan kerja engineer.

subhanallah :)


sources: berita harian,  sioloon, 

December 14, 2010

GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh

kali ni saya join GA dari fatin..

xpernah mengene kalau ada cabutan bertuah pun.. 


 

ni banner GA tersebut, sesiapa yang berminat nak join...boleh la klik kat banner ni.

senang je kan... klik la :)

syarat2:

1. buat entry GA bertajuk sama macam aku ni..
2. Jadi follower blog dia, nak jadi follower blog aku pun boley..
3. Tag 1 org blogger lain. ain, ko dah di tag!
4. Tinggalkan link entry korang kat ruangan comment entry GA mamat ni...


hadiah dia macam2 adaa

prgi la tengok sendiri kat blog dia

tarikh tutup 11.59PM pada 19/12/2010

December 12, 2010

permanently disabled? buatlah kalau berani!~


okay....sape yang annoying sekarang ni?

aku xbuat salah pon...

tiba2 facebook block aku

what the ...........

December 10, 2010

ada apa dengan result?

Alhamdulillah.. penantian begi semua pelajar UiTM berakhir pada tarikh keramat 10 December 2010.

bagi anda yang curious dengan result saya,
keputusan saya boleh blah lagi la..
cukup untuk buat diri saya tersenyum,
mak bapak saya happy
dan mak bapak orang lain happy juga :)

dengan ini, saya dengan rasa hormatnya.. mengisytiharkan... saya letak jawatan sebagai budak bisnes...

saya budak maths

saya tunggu satu sem untuk melayakkan diri saya sendiri memegang title di atas...

ps: biasalah~ budak bisnes memang camni~ ahaks

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

keje saya buat tag orang je buat mase ni :)

saya telah di tag oleh fatin othman...thx 

ni banner GA tersebut :)


Syarat-syaratnya:


1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia.

2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets".

saya da jadi follower mama ke 929

itsy bitsy secret ke 238

4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya.

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer.

ain

yani

fateen

6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post mama kembar 3. untuk maklumat lanjut sila la g blog dia ya

7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.

8. Tarikh tutup: 6 Januari 2011


1st Giveaway Tinie (zon2u)

saya telah d tag oleh ain!! :) thx beb

sebagai blogger yang tegar, saya sentiasa melayan tag2 anda selagi mampu :)

seperti biasa..ini adalah banner utk GA tersebut

so, kepada anda yang berminat untuk GA ni, tajuk post harussssslah sama seperti saya,

1st Giveaway Tinie (zon2u)


syarat2 nya:


1. Jadi follower Tinie
2. Buat entry pasai GA ni, jgn lupa tepekkan di sidebar beserta link
3. dah siap tu semua tu bagi tau Tini tau di ruangan komen.
4. tagkan 2 orang rakan..

anda sudah d tag!!

hanin

fatin othman


5. tarikh tutup penyertaan
14/1/2011 (kul12.00 tengahari)


hadiah dia gempak tau.... misteri~~

cik tinie, saya nk hadiah misteri tu satuh! :P


December 9, 2010

susah ke nak faham?

aku baru je dapat email ni, saje je nk share :)

sebenarnye ape yang perempuan nk, senang je...

ayat paling best y para perempuan selalu gune whatever~~ anything~~ anytime~~

biarkan anda decide...

senang kan...


1 . (Whatever)


Men: What should we have for dinner?
Women: Whatever..
Men: Why don't we have Mexican?
Women: No not Mexican, the last time I got pimples on my face
Men: Alright, why don't we have Szechwan cuisine
Women: Yesterday we ate Szechwan , today too?
Men: Hmm..... I suggest we have seafood
Women: Seafood is not good, I got diarrhea
Men: Then what do you suggest?
Women : Whatever..

2. (Anything)

Men: So what should we do now?
Women: Anything
Men: How about watching a movie? It's been a long time
Women: Watching movie is no good, it's a waste of time
Men: How about we go for bowling, or some exercises?
Women: Exercise on such a hot day?
Men: Then find a cafe and have a drink
Women: I am off caffeine
Men: Then what do you suggest?
Women: Anything

3. (You decide)

Men: Then do we just go home?
Women: You decide
Men: Let's take the bus, I will accompany you
Women: The bus is dirty and crowded.
Men: OK; we will take a cab
Women: Not worth it... For such a short distance
Men: All right, then we can walk. We can enjoy the weather
Women: I am hungry, can't walk.
Men: Then what do you suggest?
Women: You decide
Men: Let's have dinner first?
Women: Whatever...
Men: What shall we eat?
Women: Anything..

4. (ANYTIME.)..

Men: At what time do I have to call you?
Women: Any time as u wish
Men: But last time when I call u in the morning u didn't pick up?
Women: I was sleeping.
Men: OK; when I try to call you around 11 am u didn't pick up?
Women: I was shopping with my mother
Men: So, when I try to call you around 2-3 u didn't pick up?
Women: I was tired and relaxing.
Men: Then what about 5 PM?
Women: I was watching a cartoon.
Men: So, then why didn't you pick u phone in the night?
Women: I was studying
Men: Ok then tell me which time is the most convenience time for you to talk.
Women: Anytime.

okay la aku ngaku, aku pun slalu cani...

ps: laki pun camni gak tau


December 7, 2010

My 1st GiveAway in 2011

saya sudah d tag oleh cik fatin.. thanx ya...
maka dengan rasminya, saya akan settleken tag ni dengan rasa bangga :D

ni banner giveaway tersebut

syarat2 giveaway ni adalah seperti berikut~
Uolss hanya perlu buat entry bertajuk "My 1st GiveAway in 2011"
Letak baner GA nie okai..letak taw dalam post entry dengan sidebar uolss..
Tag 3 orang..make sure yang kena tag tu tau k..nak tag lebih 3 orang pown takpe..macih banyak2..
Follow blog kita sebab senang kan nak tau pasal perkembangan dye..mane laa tau kalau tetibe je Fieza tutup awal GA nie..
Sape2 pown boleh join..terbuka pada lelaki dan perempuan..

hadiah dye sweet sangat 

Tarikh tutup: 26 February 2011

orang yang saya mahu tag adalah:

ain
azie
fateen

haaa jawab tau!! orang nk bagi giveaway tu, amek je! :P

oh ya..klik sini untuk anda follow blog fieza

December 6, 2010

graduation!!

saya sudah bergelar graduan pada 5 December 2010 :)

okay baru grad diploma...tak sabar dah nak grad degree lak.

macam biasa la...tak banyak gambar yang akan aku share kat sini...

sape mahu tengok lebih lanjut, anda boleh jumpa saya personally :) - ada ke orang nk tgk


saya dijadualkan tiba di UiTM sepatutnya pukul 12 pm.

sepatutnya lah... memandangkan aku gerak dari rumah pukul 11.30 am.

nak dijadikan cerita...dah la gerak lambat... jalan jam pulak..


sticker Graduan  yang wajib untuk parking 

gara2 demonstrasi yang berlaku mensesakkan jalan dan dada aku..

dorang tatau aku nk konvo nih!! hinsss

kira aku sampai sane xde la lambat sangat atau cepat sangat

aku sampai je terus beratur... (xsempat nk mengenyangkan perut)

maka terpaksa la ikat perut dari pukul 12pm - 5pm...

 

alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

adalah beberapa perkara yang suck tak berapa best

malas la nak cerita ape yang tak best...



seronok tengok muka mak n ayah senyum :)


bunga yang dihadiahkan oleh ex-classmate...
thanks my love :)


selepas sesi ni, bersurailah sudah majlis...
(masa ni lah saya baru dapat makan)

dengan ini, saya dengan rasa banggenye menutup sidang konvokesyen UiTM ke-73

kepada mak ayah yang saya sayang..
terimakasih beri saya peluang dan terus support saya sampai sekarang
huhu rasanya kalau nk diucapkan penghargaan kepada mak ayah ni
berjela2 la entry kali ni
siyes, masa nk amek scroll ni,
terbayang masa diploma dari part1 sampai part6 ni...
susah senang kat segamat dulu... :)
disebabkan saya macho, tiada air mata atau hidung keluar okay~

thanks for reading :)

Contest: Ada apa dalam tuh


contest dari cik bambam..

saje je maen contest cik bambam ni..

memandangkan saya ada banyak masa terluang dan cik bambam ni pun pemurah nk buat contest sempene birthday dia :D

so saya teka ya....

jawapan dia telur!!

cam biasala...contest2 cani mesti la ada syarat2nya kan...

Syarat-syaratnya:

Kena jadi follower blog cik bambam.. -done~
Tajuk GA adalah "Contest: Ada apa dalam tuh"-done
Lekatkan banner ni dekat entry and sidebar korang.. -done
Then korang buat lar entry meneka apa yang ada dalam bekas tuh.. (ehhh..jawapan dalam banner tuh sebagai contoh..korang nak pilih benda lain pon boleh..)-done juga
Tag 3 orang blogger yang lain dan....
Pastikan mereka tahu.. :)

saya tag...

fatin othman

fateen

hanin


Last but not least.. korang rasa apa yang perlu ditambah and dikurangkan dalam blog nie... 

huhu memandangkan tuan blog ni suruh saya komen...

terpaksa la saya komen ek...jangan potong markah ya :D

rasanya gamba2 yang berserta link contest kat bahagian kiri tu perlu dikurangkan kut

nampak cam panjang berjela~


Jangan lupa link kan dekat komen entry nie yer...
Tarikh tutup contest adalah pada
12 December 2010 tepat jam 11.59 pm


hadiah dia adalah SURPRISE...!!!!



December 2, 2010

Atkins diet

Atkins Nutritional Approach atau lebih dikenali sebagai Atkins diet adalah salah satu jenis diet yang dicipta oleh encik Atkin untuk membantu mengurangkan berat badan dengan cara konsep pembakaran karbohidrat (carb) dan lemak dalam badan.

warning!

Wanita mengandung dan yang sedang menyusukan bayi tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet

caranya :

Kurangkan dan hadkan makanan berkarbohidrat – nasi, mi, kentang dan gula. Badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan); 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

3. Pre-maintenance

4. Lifetime Maintenance

 

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

ini semua anda harusss ELAKKAN

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

 

Apa yang anda BOLEH makan adalah : 

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


bestkan? diet2 pun boleh makan burger... tapi xboleh makan roti. 

saya suke makan roti, sesiapa amalkan diet ni, anda boleh bagi saya habiskan roti tu :P

 

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!


contoh breakfast 


1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)

2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)

3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)

4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

 

Lunch / Dinner 



1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)

2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)

3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)

4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)

5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

 

note : Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

 

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !

Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.

Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.

Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


memang banyak pantang larangnya...tapi banyak jugak yang boleh dimakan

sanggup ke anda tinggalkan nasi? huhu

diet ni nampak macam pelik... sampai tak boleh makan buah... kan buah baik untuk kesihatan?


ni adalah perkembangan mereka yang berjaya turunkan berat badan dengan Atkin diet.

terimakasih kepada pacik Atkin.. 


LATEST UPDATE
Fiz 1058
Start (30/7/04): 98kg
13/8/04: 94kg
21/8/04: 92kg
25/8/04: 91kg
5/9/04: 90kg
8/9/04: 89kg
16/9/04:88kg
latest:maintain

Mamaaliyah
start (20/7/04): 92kg
18/8/04:86kg
Latest(30/9/04): 85kg

aynn
Start (17/8/04): 76kg
(20/8/04): 74kg

noerall
9/9/04:75kg
13/9/04:73kg
20/9/04:72kg
last week puasa : 69kg
23/11/04 : 71kg

comexi(combination antar atkins + produk biodex)
10/6/04:89kg
24.6/04:85.5kg
9/7/04:82.5kg
25/7/04:80.5kg
10/8/04:77.8kg
26/8/04:75.8kg
18/10/04:71.5kg

Puteri Adat
Sebelum start Atkins Diet 83kg
24/8/2004 = 78kg
17/9/2004 = 76kg
26/9/2004 = 74kg
30/9/2004 = 73kg
6/10/2004 = 72kg
11/10/2004= 71kg
19/10/2004=70.5kg
21/10/2004=70kg
24/10/2004=69kg
14/11/2004=67kg
My height = 164cm (5'4")  

Siti7677
4/10/04:84kg
7/10/04:82kg

Monica
mula:59kg
4/10/04:57kg
23/11/04 :54kg
latest : 52.5kg

by_n_gelz
mula = 75kg
24/10/2004 : 74kg
tinggi (159cm)

Galadriel
start 29/6/04 : 60-62kg
22/10/04 = 50kg
25/10/04 = 48kg
tinggi (153cm)

ZEKZEK
start 14/10/2004 : 72kg
04/11/2004 : 69.5kg
LATEST : 68kg

semua sumber diperoleh dari tempah yang same...masih xbuat research sepenuhnya...

source : sini 

saya tak tahu ape effect long term dalam Atkin diet ni... sesiapa yang mahu kuruskan badan dalam tempoh yang singkat, inilah masanya :)

ps: saya sudah turunkan 3kg tanpa menggunakan Atkin diet ni


sejak bila daaa blog aku jadi tempat info kesihatan ni

25 perkara yang anda harus tahu pasal saya

saya sudah d tag oleh kakak fatin 

hoho kali tag dia pelik sket... pasal 25 perkara tentang saya...

tatau la ada orang mau tahu ke pasal saya? 

ape2 pun saya akan menjawab tag ni seringkas yang mungkin :P

sape yang masuk blog aku. harus baca!!! penat aku taip nih


R.U.L.E
"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."


1. NUR HIDAYAH ni name aku... xpayah la tahu nama bapak aku, sebab ini kisah aku :P abah ampun~ 

aku anak perempuan tunggal, mak aku melahirkan hero-hero belaka kecuali aku sebagai puteri keluarga :D



ni kunun2 aku la masa kecik2...dulu aku suke main dengan katak.
tiada kaitan dengan cerita putera katak okay~

2. suke buat muke comel depan abang dengan harapan dia akan belanja saya shopping atau makan



3.  saya sentiasa confident kadang-kadang terlebih. walaupun jawapan saya salah, saya tetap menjawab dengan confident. huhuhu walaupun rakan terdekat rasa macam nk sepak2 saya akibat terlampau confident nih, saya tetap buat muka confident. kadang-kadang rasa confident ni berguna gak, bley jawab exam dengan perasaan confident yang dibuat2 nih. try lah :P

4. saya sentiasa cerewet.... cerewet dalam semua hal. sampailah nk pilih sebatang pen pun saya akan spent masa sejam untuk cari yang terbaik. ape lagi barang-barang lain. saya akan pastikan semua barang yang saya ada saya puas hati walaupun mahal... sikap ni memang susah nak diubah. minyak maaf la kepada peneman shopping setia saya ya...

bab assignment pun saya cerewet, kepada sesiapa yang pernah menjadik group assignment saya, mintak maaf la ye... sebab tu la saya dengan rendah diri mengoffer diri sendiri jadik tukang compile :)

5. saya pernah bagi name kucing yang saya jumpa tepi jalan sebagai cici... sebab dia comel dan comot... okay cukup 5C yang saya bagi haha.

6. pantang nampak makanan yang comel, walaupun belum tentu sedap


7. saya xkisah pakai baju atau seluar laki... terutamanya abang punya... sharing is caring... tapi abang saya tak pernah share baju atau seluar saya... saya pun suke pakai kasut abang :P abang pun tak pernah pakai kasut saya... mungkin bagi dia sharing is scaring ahaks

8. saya xsuke menaip, so saya skip ke no 20 terus...

20. saya suke lagu graduation yang ni... 





21.  saya menruskan diploma business stdy (transport) selama 3tahun walaupun saya xminat membaca..

22. saya pernah desperate nak sambung course accounting

23. saya pernah bela hamster sebanyak 13 ekor 

24. saya seorang yang xbanyak cakap :P

25. i'm in love with maths.....badly.... :)


itu saja... kepada kamu yang saya tag ini

sangat2 harusss jawab tag saya okeh

haha xtau nk tag sape daaa

sape2 terasa nk jawab

jawab ja

:D



November 30, 2010

menjana pembangunan ummah

anggota badan kita ni ada kene mengene dengan organ dalaman kita..
saya luangkan masa saya yang berharga untuk buat entry ni demi kebahagian masa depan kita bersama tahu...

baca lah demi menjana pembangunan ummah dan masa depan yang lebih cemerlang :)

1. mata


mata bertindak balas dengan hati

   
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku... Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja. tgh sedih la ni 

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. hidung


hidung ada hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong
ada affair gittew 

 
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
      a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
      b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. 

bila bersin, ucaplah alhamdulillah :)

3. batuk

batuk ada kaitan dengan paru-paru


i. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. 

iii. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. kerongkong


   
i. Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii. Sakit kerongkong : sama  seperti di atas dan ditambah dengan paras keracunan lebih serius.

jika anda sakit kerongkong, minumlah banyak air masak ya... jangan gatal minum air sejuk


5. bibir 


bibir ada kaitan dengan fungsi sistem penghadaman

 
i. Bibir pucat

   a. sistem penghadaman yang lemah

   b. perut mengandungi angin

   c. kurang darah akibat dari sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurang zat besi. 


ii. Bibir kering dan pecah : Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. mulut dan lidah 


mulut dan lidah berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah  
 
i. Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii. Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. 

iv. lidah rasa tegang dan pendek : Tanda sakit jantung.


7. telinga 


telinga berkaitan dengan buah pinggang
 
i. Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii. Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. kulit berpeluh


 
a. Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik. 
macamana nak tahu peluh masin ke x? pergilah rasa :P

b. Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. ruam dan bisul 


9. ruam dan bisul : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. kulit gatal dengan ruam : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. kulit pecah dan berair
errr aku tak nak google gambar kulit pecah dan berair ni...so, aku letak ubat dia je la okay~ 


kulit pecah dan berair : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. rambut gugur


rambut gugur menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. tapi, jangan risau...Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. sendi-sendi, tangan dan kaki

 
a. Sakit Sendi

i. rasa panas : menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit gout.
ii. tidak rasa panas : tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii. sakit di bahagian bahu : menandakan saluran darah telah menjadi keas dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

oh saya selalu sakit bahu semasa belajar, adakah ini dikira? 
     
 
b. kebas tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c. kebas tangan kiri dan lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d. kebas kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e. sakit tapak kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f. sakit tumit kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g. rasa panas di tapak kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h. gatal di celah-celah jari kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. tanda-tanda dalaman lain

kepala ada kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak 

a. pening / sakit di bahagian depan kepala : tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
mungkin ada kene mengene dengan botak di depan kepala :P

b. pening / sakit di bahagian belakang kepala :
i. bahagian atas : penyakit tekanan darah tinggi
ii. bahagian bawah (tengkuk) : tekanan darah tinggi atau tekanan darah. 

c. sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga : penyakit migrain 

d. bisul di kepala : pembuangan toksin berlaku dan mungkin ada kaitan dengan migrain 

e. rasa pening yang memusing : kurang darah atau pengaliran darah yang tak lancar

15. mulut / kerongkong / lidah 

   
a. loya / muntah :  Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. muntah darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong 
ii) Darah hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

c. keluar air liur yang pekat : proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman. 
 

16. kencing 


memandangkan saya tidak mahu blog saya busuk akibat kotoran kencing....gambar ni sebagai pengganti 'kencing'
 
a. kerap kencing : menunjukkan pinggang mengandungi kotoran 
b. air kencing berkapur : penyakit batu karang dalam buah pinggang
c. air kencing berminyak : menunjukkan buag pinggang mengandungi kotoran berlemak
d. air kencing pekat berwarna coklat : menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku
e. air kencing berdarah : penyakit batu karang atau buah pinggang luka. 


18. buang air besar 
 


 
a. cirit birit / kerap buang air besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b. sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.

c. najis berdarah : 
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) najis berwarna hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


19. badan 

 
a. rasa sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b. badan terasa berat/ malas/ lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c. badan terasa panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d. badan terasa ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

haaa badan malas pun satu penyakit tau...

20. rasa takut mengejut


menandakan lemah fungsi buah pinggang dan tenaga batin yang lemah

 
21. cepat naik darah / marah


 Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

22. rasa bimbang dan takut

 Sistem paru-paru yang lemah.

23. rasa seronok atau bimbang tanpa sebab

 
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

rasa seronok tanpa sebab pun merupakan satu penyakit!! kadang2 aku ada penyakit camni

24. suka berfikir dan berkhayal 

 Sistem penghadaman yang lemah.

haa sesape yang suke berangan ni...alert ya..
lepas ni jangan berangan dalam kelas :P

marilah sama-sama kita alert dengan kesihatan kita ek..
jangan main2...sakit kepala sekali pun ada effect dengan dalaman kita

marilah kita menjana pembangunan ummah!!

macamana nk jana? pregnant la beramai2.... :P


November 29, 2010

kempen berdiet

nak berdietpun bukan senang, kene tengok jenis darah gak

saya dengan besar hati, mengadakan kempen dalam blog

"mari berdiet ikut jenis darah kita..."


darah A

digalakkan untuk terus makan sayuran dan buahan. amalkan diet jenis tinggi karbohidrat dan rendah lemak (di sini saya syorkan anda makan kentang, roti..). kajian menunjukkan cairan darah jenis ini lebih pekat berbanding yang lain. mempunyai imunisasi tubuh yang sensitif dan tidak digalakkan untuk mengambil produk tenusu, lemak haiwan, dan daging. berisiko untuk mendapat diabetes, kanser, dan gejala kardiovaskular yang lemah

darah B

perlu mengambil makanan yang seimbang. ala macam piramid makanan tu... pemilik jenis darah ini mudah diserang penyakit jantung, kerosakan hati, dan kanser.


ni lah piramid makanan tu

senangkan nak diet untuk darah jenis B ni... akulah tu

darah AB

makanlah makanan yang berasaskan sayuran dan sesekali bolehlah mengambil ikan, daging lembu, dan produk tenusu.

eh senangnya nk diet bagi penerima darah universal ni...

darah O

harus berdiet dengan makanan tinggi protein, banyakkan mengambil daging merah, makanan rendah karbohidrat dan banyakkan mengambil sayuran dan buahan. pemilik darah ini digalakkan mengambil makanan berasaskan gandum, jagung, dan elakkan produk tenusu, kekacang. berisiko menghidapi penyakit tiroid, gastrik, ulser, dan mempunyai cairan darah paling minimum. 

bukan senang nak berdiet bagi penderma darah universal ni.. leceh sungguh anda ek. 

biasala tu...dunia xsemuanya adil.. penerima dan penderma darah universal ni memang selalu bertentangan cara diet nya... 

mak aku (darah AB) kawen dengan bapak aku (darah O) bahagia je sampai sekarang walaupun cara diet berlainan... 


perbualan antara ayah dan anak,

abah: kenape darah eyda tak same macam darah mak dan abah? (aku darah B)

eyda: ..... AB + O = A, B, AB, O... okay la tu abah... 


berbalik kepada topik asal...

ini adalah makanan yang sepatutnya anda amalkan...

darah A

  • skali lagi saya tekankan, elakkan mengambil daging merah (macam daging ayam, burung, itik...) belajarlah makan ikan dengan rebus atau bakar.
  • JANGAN makan makanan yang diproses (burger, sosej, bola daging dan laen2) no mcd okay~ makanan ini mengandungi nitrat; penyebab kanser perut. sangat2 tidak digalakkan makan bagi mereka yang mempunyai asid yang rendah dalam perut.
  • hadkan pengambilan makanan laut. JANGAN mengambil makanan laut lain sekiranya anda sudah memakan ikan. dengan kata lain, anda tak boleh la menikmati makanan di seafood, seoul garden... (kesian anda)
  • amalkan makan kekacang - kekacang membekalkan protein. (disebabkan anda susah nk makan seafood, makan kacang pun jadil laa)
  • ambil sayur secara mentah! ada juga sayur yang anda harus ELAKKAN seperti kentang, tomato, keladi, kubis.. (oh nampaknya yang saya syorkan di atas tadi anda tidak boleh makanlah...)

darah B

  • jauhi seafood yang mempunyai cengkerang. - buat masa ni memang saya tak makan makanan bercengkerang kecuali ketam :D

info: kandungan primer gula dalam antigen darah B adalah sama dengan kadar gula dalam susu. mungkin sebab ni nyamuk mencintai saya

  • anda boleh menerima semua jenis produk tenusu dan telur
  • elakkan kekacang
  • gunakan minyak zaitun dalam masakan, ia membantu melancarkan penghadaman. 

darah O

  • anda boleh menikmati segala jenis daging. jangan makan daging babi sudah la ek
  • boleh menikmati makanan laut dengan bahagia.
  • pilih sayuran hijau, ada vitamin K tahu~



darah AB mana?? haha tatau2... korang cari la sendiri.. :P

darah AB ikutlah cara di atassss tadi ek.. 

marilah sama2 menjaga kesihatan diri kita... - pesanan dari pengerusi kempen




November 28, 2010

lovely blog award


okay saya dapat award lagi skali...

mungkin sudah musimnya untuk bertukar2 award :P


soalan untuk memenangi award ni senang saja...

- 5 perkara indah yang berlaku dalam hidup saya

1. dilahirkan sebagai umat Islam
2.  saya ada mak yang sangat sayangkan saya
3. saya ada cikgu dan lecturer yang hebat untuk mengajar saya :) thx.. 
4. diberi peluang untuk teruskan pengajian saya 
5. diberi anugerah kesihatan dan masih hidup sampai sekarang (hoho bley termasuk ke ni)

- tag 7 orang bloggers

kepada readers saya :D ada ke readers ni?

anda telah di tag!!! sila amek award anda dan jawab soalan di atas dalam masa 5 minit!!

November 26, 2010

blog saya santek

saya dapat award dari fateen, thanks again :)


oh yeah, saya dapat award blog paling santek, somel, sepah... :P

bukan senang okay nk dapat award ni, kene jawab soalan yang xtau berape markahnya..

xde carry mark tahu :D


berikan satu nick name tuk pemberi awrd
c kecoh aten :P 

ucapan tuk pemberi award

rasanya baru je semalam saya belajar untuk mekapkan blog ni

xsangka dah dapart award hari ni... (memang baru smlm pun belajar)

thanks aten.. luv u... 

 

berikan 6 artis/ singerband yg kornag minat

faizal taher (saje letak no1), black, maher zain,.... aku tgh giler2 kat mereke.

byk lagi la...malas nk fikir

 

bagi award ni kpd 7 blog yang cun dan cantik

syaira
fatin
ain
azie
koda
kak nur
nina

"OK DONE! bg mereka yg telah di pilih sbg blog yg chntik..tahniah! mmg cantik blog korg..ngn gaya penulisan korg yg berbeza2..keep it up bebeh! yg xterpilih bukan xcantik..cantik jugak..cma saya hanya bole memilih 7.. :)" (fateen,2010).

wah macam ayat artis kamu nih.. ekeke maceh yaa ten...


November 25, 2010

Contest :: Kids & Baby Photo Contest

oh saya sudah ditag...oleh fateen...

thanks ek :)

seperti kate aten, tag kali ni berupa contest..



ni gamba banner contest

syarat -syarat penyertaan.


1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya. http://sweetlikekisses.blogspot.com/ Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)
orite~

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

so, alert ya kawan2....anda suda di tag


3. letakkan banner contest di sidebar anda.
rite~


4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..
orite~




ni lah gamba aku yang paling kecik yang aku ada.. umur 6tahun... gamba baby tiada ye.. 

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.


6.mesti mulakan title entry dengan nama contest. 


7.wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang. 


tarikh tutup sehingga 30 november 2010 .tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)


hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.