December 15, 2010

otak dan gender

tahukah kamu purata orang yang memiliki IQ yang genius hanya 15% sahaja di dunia ini...

agak2 kalau anda tergolong dalam 15% ni, sila add saya di facebook, saya nk berkenalan :P


saya tergerak nak merepek pasal otak lelaki dan perempuan ni lepas miss classmate saya cakap camni,

lelaki berupaya memilih maklumat dan menyimpan di dalam memori. tetapi wanita selalunya akan mengimbas maklumat berkenaan tanpa henti. cara wanita untuk berhenti memikirkan masalahnya adalah dengan meluahkannya dan berkongsi masalah. lelaki pula akan terus menyimpan dan hanya akan mengimbaskannya dalam keadaan tertentu sahaja, bukan sentiasa.

bestkan? ni lah salah satu perbezaan memori lelaki dan perempuan.

mungkin sebab tuh la aku share website yang meloyakan tekak aku, sampai tak lalu makan satu malam lepas tengok gamba yang xberapa best tu kat miss ex-sleeping partner. konon-konon boleh pindahkan perasaan geli kat dia la.. haha

okay sebenarnye lepas perempuan share 'memori' dia, sebenarnye tak de la nak cari jalan penyelesaian, cuma dia mahu seseorang untuk mendengar... ni kata pakar tau. kepada anda yang biasanya menjadi pendengar setia saya, terimakaseh ya. :)

mungkin sebab ni la perempuan suke mengayam ketupat kut

jarak penglihatan lelaki sempit! sebab otak lelaki diaturkan untuk memburu berbanding dgn perempuan yang berkebolehan untuk membaca maklumat yang lebih banyak.

sempit2 laki ni pun, mereke handal menyelesaikan masalah teknikal berbanding wanita. memang layak la laki kene tau baiki kerete, untuk pihak perempuan menumpang kasih..haha :P

wanita merupakan pendengar yang baik dengan menggunakan lebih banyak perkataan ketika bercakap dan lebih berdikari menyiapkan tugasan. banyak perkataan bukan bermakna kuat membebel ya

lagi satu~ wanita ni dianugerahkan oleh Allah dengan perasaan... :) ni ayat seorang kawan saya. sebab tu la wanita lebih sesuai jaga anak, buat kerja rumah, dan lain2 yang melibatkan pengurusan keluarga.. hebat jugak wanita ni :)

sebab tu la ibu tunggal boleh survive menguruskan anak2 dan bekerja.. tapi lelaki 'terpaksa' mencari pengganti untuk membantu menguruskan keluarga. 


Tujuh perbezaan psikologi lelaki dan wanita


lelaki memahami suatu situasi secara keseluruhan dan berfikir secara global, sedangkan wanita focuskan pemikiran secara terperinci... detail sedetailnya lah... 


lelaki adalah pembina dan pencipta, mereka rela amek risiko untuk buat eksperimen. wanita pula memilih pengetahuan yang paling bernilai dan menurunkannya kepada generasi seterusnya. sesuai jadik cikgu ni :)

lelaki lebih berdikari dalam pemikiran dan tindakan. wanita mengikut idea yang disyorkan orang lain. sekarang ni, anda boleh setuju kat entry saya yang ni

wanita kurang menghargai atau memuji diri mereka berbanding lelaki. wanita sering mengkritik diri sendiri dan lelaki sering puas hati dengan pencapaian diri. kepada awak, awak dan awak kaum lelaki, saya bukan nak bagi jawapan annoying tau! bila awak tanya saye exam macammana? saya jawab susah~ sebab saya tak puas hati dengan performance saya.


kepuasan bagi lelaki adalah karier dan kejayaan. bagi perempuan keluarga dan anak2. kene kahwin cepat ni baru puas :P


lelaki lebih memikirkan mengenai keperluan mencapai impian mereka. wanita lebih menitikberatkan perhubungan. silaturrahim gittew~


Lelaki jatuh sakit pada kekerapan yang sama seperti wanita walaupun wanita lebih prihatin terhadap kesihatan diri. Wanita menghadapi kesakitan atau kerja yang membosankan lebih baik daripada lelaki.


kajian dia atas ni, mungkin tidak melibatkan anak-dara wannabe, nyah wannabe, atau gay wannabe. saya tak tahu kalau ada kajian lain yang membandingkan perbezaan otak anda dengan mereke-mereka yang wannabe ni. 

Kajiannya mendapati 20 peratus daripada responden lelaki dan wanita mempunyai otak jantina berbeza - lelaki memiliki otak wanita dan sebaliknya; 20 peratus lagi mempunyai otak yang seimbang manakala 60 peratus mempunyai otak yang khusus mengikut jantina masing-masing.

bagi lelaki yang memiliki otak wanita, dan wanita berotak lelaki...ni lah terjadinya cerita mr. mama... ala cerita husband jadik house-wife.. camtu lah kisahnya bagi lelaki yang bekerja sebagai juru solek, perempuan kerja engineer.

subhanallah :)


sources: berita harian,  sioloon, 

4 comments:

aNdi.Hanin::حنين said...

ko tak rase ke ex-sleeping partner ko walaupun dia perempuan, gender otak dia lelaki? hahhaha


weh, ak rs mumus punye gender otak ppuan la. hohohoh. mau dia ketuk ak nnt neh XD

Unknown said...

ehem!

aNdi.Hanin::حنين said...

lalalaa. sape tah mumus tuh

nur hidayah said...

hahahak aku xmasuk campur~