December 2, 2010

Atkins diet

Atkins Nutritional Approach atau lebih dikenali sebagai Atkins diet adalah salah satu jenis diet yang dicipta oleh encik Atkin untuk membantu mengurangkan berat badan dengan cara konsep pembakaran karbohidrat (carb) dan lemak dalam badan.

warning!

Wanita mengandung dan yang sedang menyusukan bayi tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet

caranya :

Kurangkan dan hadkan makanan berkarbohidrat – nasi, mi, kentang dan gula. Badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan); 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

3. Pre-maintenance

4. Lifetime Maintenance

 

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

ini semua anda harusss ELAKKAN

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

 

Apa yang anda BOLEH makan adalah : 

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


bestkan? diet2 pun boleh makan burger... tapi xboleh makan roti. 

saya suke makan roti, sesiapa amalkan diet ni, anda boleh bagi saya habiskan roti tu :P

 

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!


contoh breakfast 


1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)

2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)

3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)

4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

 

Lunch / Dinner 



1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)

2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)

3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)

4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)

5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

 

note : Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

 

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !

Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.

Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.

Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


memang banyak pantang larangnya...tapi banyak jugak yang boleh dimakan

sanggup ke anda tinggalkan nasi? huhu

diet ni nampak macam pelik... sampai tak boleh makan buah... kan buah baik untuk kesihatan?


ni adalah perkembangan mereka yang berjaya turunkan berat badan dengan Atkin diet.

terimakasih kepada pacik Atkin.. 


LATEST UPDATE
Fiz 1058
Start (30/7/04): 98kg
13/8/04: 94kg
21/8/04: 92kg
25/8/04: 91kg
5/9/04: 90kg
8/9/04: 89kg
16/9/04:88kg
latest:maintain

Mamaaliyah
start (20/7/04): 92kg
18/8/04:86kg
Latest(30/9/04): 85kg

aynn
Start (17/8/04): 76kg
(20/8/04): 74kg

noerall
9/9/04:75kg
13/9/04:73kg
20/9/04:72kg
last week puasa : 69kg
23/11/04 : 71kg

comexi(combination antar atkins + produk biodex)
10/6/04:89kg
24.6/04:85.5kg
9/7/04:82.5kg
25/7/04:80.5kg
10/8/04:77.8kg
26/8/04:75.8kg
18/10/04:71.5kg

Puteri Adat
Sebelum start Atkins Diet 83kg
24/8/2004 = 78kg
17/9/2004 = 76kg
26/9/2004 = 74kg
30/9/2004 = 73kg
6/10/2004 = 72kg
11/10/2004= 71kg
19/10/2004=70.5kg
21/10/2004=70kg
24/10/2004=69kg
14/11/2004=67kg
My height = 164cm (5'4")  

Siti7677
4/10/04:84kg
7/10/04:82kg

Monica
mula:59kg
4/10/04:57kg
23/11/04 :54kg
latest : 52.5kg

by_n_gelz
mula = 75kg
24/10/2004 : 74kg
tinggi (159cm)

Galadriel
start 29/6/04 : 60-62kg
22/10/04 = 50kg
25/10/04 = 48kg
tinggi (153cm)

ZEKZEK
start 14/10/2004 : 72kg
04/11/2004 : 69.5kg
LATEST : 68kg

semua sumber diperoleh dari tempah yang same...masih xbuat research sepenuhnya...

source : sini 

saya tak tahu ape effect long term dalam Atkin diet ni... sesiapa yang mahu kuruskan badan dalam tempoh yang singkat, inilah masanya :)

ps: saya sudah turunkan 3kg tanpa menggunakan Atkin diet ni


sejak bila daaa blog aku jadi tempat info kesihatan ni

7 comments:

nurul ain said...

oi... nasik tak bole makan. bole mati aku..
hihihi..

nur hidayah said...

hoho xmakan beberapa bulan ja

PendekarPetai said...

member aku tak mkn nasik 2 minggu... pergh mmg kurus.... tp kalu kurus tibe2 ti bdn tak lawo... cm kedut2... eh yer ker pun??

nur hidayah said...

hoho tu bukan kurus
tu namenye cekung....

Myaby said...

i dlu diet cara atkin ni. memang berkesan. :)

tapi seksa.

T_T

NurZalina Osman@ NinaCole said...

dasyat tol kak ida nak diet nie hahahaha

nur hidayah said...

myabi: huhuhu ow okay la tu bekesan :P
tseksa la kut xdapat nasi

nina: haha xkan la nk mengembang sentiasa...kene la diet sket~