November 30, 2010

menjana pembangunan ummah

anggota badan kita ni ada kene mengene dengan organ dalaman kita..
saya luangkan masa saya yang berharga untuk buat entry ni demi kebahagian masa depan kita bersama tahu...

baca lah demi menjana pembangunan ummah dan masa depan yang lebih cemerlang :)

1. mata


mata bertindak balas dengan hati

   
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku... Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja. tgh sedih la ni 

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. hidung


hidung ada hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong
ada affair gittew 

 
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
      a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
      b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. 

bila bersin, ucaplah alhamdulillah :)

3. batuk

batuk ada kaitan dengan paru-paru


i. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. 

iii. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. kerongkong


   
i. Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii. Sakit kerongkong : sama  seperti di atas dan ditambah dengan paras keracunan lebih serius.

jika anda sakit kerongkong, minumlah banyak air masak ya... jangan gatal minum air sejuk


5. bibir 


bibir ada kaitan dengan fungsi sistem penghadaman

 
i. Bibir pucat

   a. sistem penghadaman yang lemah

   b. perut mengandungi angin

   c. kurang darah akibat dari sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurang zat besi. 


ii. Bibir kering dan pecah : Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. mulut dan lidah 


mulut dan lidah berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah  
 
i. Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii. Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. 

iv. lidah rasa tegang dan pendek : Tanda sakit jantung.


7. telinga 


telinga berkaitan dengan buah pinggang
 
i. Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii. Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. kulit berpeluh


 
a. Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik. 
macamana nak tahu peluh masin ke x? pergilah rasa :P

b. Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. ruam dan bisul 


9. ruam dan bisul : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. kulit gatal dengan ruam : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. kulit pecah dan berair
errr aku tak nak google gambar kulit pecah dan berair ni...so, aku letak ubat dia je la okay~ 


kulit pecah dan berair : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. rambut gugur


rambut gugur menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. tapi, jangan risau...Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. sendi-sendi, tangan dan kaki

 
a. Sakit Sendi

i. rasa panas : menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit gout.
ii. tidak rasa panas : tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii. sakit di bahagian bahu : menandakan saluran darah telah menjadi keas dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

oh saya selalu sakit bahu semasa belajar, adakah ini dikira? 
     
 
b. kebas tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c. kebas tangan kiri dan lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d. kebas kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e. sakit tapak kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f. sakit tumit kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g. rasa panas di tapak kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h. gatal di celah-celah jari kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. tanda-tanda dalaman lain

kepala ada kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak 

a. pening / sakit di bahagian depan kepala : tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
mungkin ada kene mengene dengan botak di depan kepala :P

b. pening / sakit di bahagian belakang kepala :
i. bahagian atas : penyakit tekanan darah tinggi
ii. bahagian bawah (tengkuk) : tekanan darah tinggi atau tekanan darah. 

c. sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga : penyakit migrain 

d. bisul di kepala : pembuangan toksin berlaku dan mungkin ada kaitan dengan migrain 

e. rasa pening yang memusing : kurang darah atau pengaliran darah yang tak lancar

15. mulut / kerongkong / lidah 

   
a. loya / muntah :  Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. muntah darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong 
ii) Darah hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

c. keluar air liur yang pekat : proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman. 
 

16. kencing 


memandangkan saya tidak mahu blog saya busuk akibat kotoran kencing....gambar ni sebagai pengganti 'kencing'
 
a. kerap kencing : menunjukkan pinggang mengandungi kotoran 
b. air kencing berkapur : penyakit batu karang dalam buah pinggang
c. air kencing berminyak : menunjukkan buag pinggang mengandungi kotoran berlemak
d. air kencing pekat berwarna coklat : menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku
e. air kencing berdarah : penyakit batu karang atau buah pinggang luka. 


18. buang air besar 
 


 
a. cirit birit / kerap buang air besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b. sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.

c. najis berdarah : 
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) najis berwarna hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


19. badan 

 
a. rasa sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b. badan terasa berat/ malas/ lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c. badan terasa panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d. badan terasa ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

haaa badan malas pun satu penyakit tau...

20. rasa takut mengejut


menandakan lemah fungsi buah pinggang dan tenaga batin yang lemah

 
21. cepat naik darah / marah


 Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

22. rasa bimbang dan takut

 Sistem paru-paru yang lemah.

23. rasa seronok atau bimbang tanpa sebab

 
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

rasa seronok tanpa sebab pun merupakan satu penyakit!! kadang2 aku ada penyakit camni

24. suka berfikir dan berkhayal 

 Sistem penghadaman yang lemah.

haa sesape yang suke berangan ni...alert ya..
lepas ni jangan berangan dalam kelas :P

marilah sama-sama kita alert dengan kesihatan kita ek..
jangan main2...sakit kepala sekali pun ada effect dengan dalaman kita

marilah kita menjana pembangunan ummah!!

macamana nk jana? pregnant la beramai2.... :P


4 comments:

aNdi.Hanin::حنين said...

hahaha dlu aku tbaca artikel ni, terus pap teringat ko bile smpai tang 'seronok tetiba' tu keh3

kdg2 ak plak stress tengok ko seronok tetibe neh. stress rumet camneh XD XD

nur hidayah said...

hohoho tatau la saya ada masalah begitu sebulan skalik :P

Noor Fatin said...

waa.. haha nice info. i likke :)

anda ditag ye dik dayah

http://fatinlovefaiq.blogspot.com/2010/12/25-perkara-tentang-saya.html

nur hidayah said...

ummul: saje je letak gamba y comel2 :P..dia mencomelkan blog kite

fatin: orite bebeh