December 18, 2010

Islam is my way

Ya Allah... rasa geram sangat2 tengok gambar kat website ni

dah memang sangat-sangat sesat.

teringat lak kisah perbualan aku dengan pengikut fahaman Tao semasa aku kerja  di Jusco.

aku tak kisah kalau nak berborak dengan pelbagai agama dan bangsa, biasa lah.... 1 Malaysia kan.


dia : saya nak tanya sikit la, apa matlamat hidup awak?

aku : err nak masuk Syurga lah..kenapa? aku ragu2 nk jawab sebab dia bukan Islam

dia : so, apa yang awak buat untuk capai matlamat awak?

sebagai Islam aku jawab la perbuatan seharian aku termasuklah aku terangkan konsep amal makruf nahi munkar tu... aku harap dia faham, mulanya aku ingat dia berminat pasal Islam. memandangkan akhlak dia sangat baik. tapi.....bak kate omputeh 'don't judge the book by its cover'...

setelah banyak sesi soal jawab aku dengan dia, dia terangkan pasal fahaman Tao yang dia amalkan kat aku.

sekarang giliran aku pulak tanya soalan. sebijik macam yang dia bagi kat aku mula2 tadi.

aku: apa matlamat hidup awak?

dia: saya nak masuk syurga lah...sama la macam awak.

aku: ape yang awak buat untuk masuk syurga.

dia: saya pun ada sembahyang juga. tapi sembahyang saya lain sikit dari awak. saya bukan sembahyang kat tokong tau. nak buat kat rumah pun boleh. sambil buat gaya dia sembahyang

aku: so sape yang awak sembah?

dia: sama macam awak lah.. ALLAH

aku: huh? think again... are you sure? kemain confident lagi ko jawab

dia: yes... saya bagi awak contoh yang senang, ada banyak cara untuk pergi Jusco. naik kerete, motor, basikal, jalan kaki... tak kisah lah cara apa yang awak gune, yang penting awak akan sampai ke Jusco juga kan... that what i'm doing. i'm choosing my way.. kite ikut cara yang berbeza untuk capai matlamat yang sama.

wah bukan main lagi ko berbahasa bahasi dengan aku ek. disinilah bermulanya debat antara aku dan dia sebagai promoter jusco. sesuka hati macik ko je Tuhan kite same. aku bukan ape, aku rasa dia masih boleh dibimbing. mana la tau, dia dapat hidayah lepas borak-borak camni...

tapi tak sangka, lepas aku menang debat dgn dia berkali2 pada hari itu, dia mengakhiri hujah dia dengan....

dia: kalau awak mau tau pasal Tao, saya boleh bawak awak jumpa seseorang. dia memang hebat pasal Tao ni. dia boleh terangkan kat awak

aku: its okay, saya cuma nak tau je sedalam mana awak tau pasal pegangan awak ni. saya tak berminat nak dengar dari mulut orang lain selain awak. saya rasa awak kene kaji lagi pasal Tao. saya cume tanya awak, siapa Tuhan awak pun awak tak dapat jawab. awak kaji dulu pasal Tao tu dulu sebelum awak teruskan.

dia: no.. saya faham dengan Tao ni. saya cume susah nak communicate dengan awak, saya tak pandai nak cakap. kalau awak nak tau, awak bagi tau saya bile awak lapang, saya bawak awak jumpa orang tu

aku: xpe lah. awak sendiri pun tak tahu sangat pasal pegangan awak, awak kaji la dulu. saya tak berminat.

aku tak berani lagi nak jumpe orang kuat dia...haha kang songsang tak pasal-pasal. sebenarnye motif dia borak dengan aku sebab nak kembangkan ajaran Tao tu.. aku tak salahkan dia, sebab bagi orang yang beragama lain, mesti lah dia anggap agama dia je yang betul..

memandangkan satu je soalan yang aku tanya dia tak dapat jawab.. aku rasa berjam-jam jugak lah aku berdialog dengan dia. susah sangat nak jawab sape Tuhan dia. dia tak habis-habis cakap Tuhan dia Allah...

dia yang tak tau Tuhan dia sape pun sembahyang, buat amal, akhlak baik... Islam yang dah terang-terangan menyembah Allah, kitab Al-Quran jadi pegangan sepanjang zaman, Sunnah digunakan sampai sekarang. kenapa ada je orang yang susah nak ikut.. sangat beruntung aku dilahirkan sebagai Islam.



5 comments:

mastengooo said...

wow..gud job...but jgn jmpa lg dgn owg die nak ko jmpa tu slagi ko x bersedia...

Fara Suri said...

bgus la ko dayah.. saiko die..kekekeeekk..

aNdi.Hanin::حنين said...

bagus punya trap. hek3. apa lagi yunk! get ready tambah 'ilmu pertahanan diri'

contoh: jgn ponteng usrah, haha

nur hidayah said...

ummul: mereke ada je cara untuk kembangkan fahaman dorg..

tenggo: tatau bilenye nk bersedia huhu..

fara: nasib baek la aku jumpe org y boleh di psycho

hanin: yezza ilmu pertahanan diri saya masih lemah.... err ponteng usrah sebab terdesak jer :P

mastengooo said...

bile Allah bg kekuatan....Allah kan sntiasa menolong hambanya..lg2 dlm memperjuangkan agamaNya...kan kan kan...