December 22, 2009

bila nk kawen ni,,

bengangnye dgn org y xpaham bahasa ni
dia bajet dia betul semua
sakit ati~~

ok ni semua mukadimah utk entry kali ni..

cerita dia pendek je...nk d pendekkan lagi..
pagi td ada org misscall. (xtau la dia call ke ape)
so..aku message dia balik..
biasanya aku xlayan org misscall2 ni..lagi2 no y aku xkenal
aku takut ada appointment ja..

eyda: salam..sape ni

si misscall: tolong talipon harissa (aku xkisah nk dedahkan name dia...padan muke!!!). dia minta duit sekolah. jangan lari dari tanggungjawab.

eyda: kamu salah org ni...saya xkenal harissa. saya ni student lagi

si misscall: tak kesah la. polis akan menyusul. kami semua da tahu siape awak dan anak2 othman yang besar pun da tau cerita sebenar. kami akan dapatkan aidil anak zuraida. mahkamah akan menentukan.
(perh time ni aku rasa cam nk cakap " ow bgs la..pegila..aku dulik hape..wakaka")

eyda: kamu salah orglah..

si misscall: kami da bosan dengan zuraida tuan punya nombor ni. kamu pulangkan lah nombor sebelum kami hantar biro dan polis. anak2 Othman tau dan saksi nombor ni punya. kalau kamu berani, kamu talipon biro sekarang sebab mereka ada nombor ni dari tahun lepas lagi

eyda: (sakit hati~~~~ "bunguk!" ni la y aku nk cakap skrg). kamu salah org ni...no ni saya beli tahun lepas. dah didaftarkan dgn nama saya.

si misscall: oh xpe la..

tu je ending dia...kuaja sungguh..bknnye nk mintak maaf ke ape..
aku rasa macam nk mencarut je dgn budak tu
nsb baek la mak bpk aku xaja cane nk mencarut
haiz....
terimakaseh mak ayah... anda berjaya didik ank anda dgn cemerlang haha

message tadi tidak di edit..dan perasaan saya y sakit hati itu adalah benar2 belaka.

actually.. nombor aku ni agak femes kut..
dulu ada student dari uthm cari pensyarah mereka y bernama en.Hendra
ada la dlm 40org carik..call2..message2... anta message raya la..
nk cakap pasal assgmnt la.
sekarang ni carik zuraida pulak
lps ni korg nk carik sape!!!
arghh stress sungguh

stress ni bertambah bile aku berchatting dgn encik ain.
walaupun sekejap
dia telah bg satu link y akan menambahkan lagi stress aku






aku harap korang dpt layan tanpa stress.

ahah ni bukan sebarangan video tau.
walaupun pasal ceramah kawen.
korang jangan la ingt aku gatal sangat nk tgk mende ni
saje nk menceriakan hari2 aku

video ni ok je sbnrnye
klaka jer..
aku stress sbb line lembab
haha..

aku pun xabes tgk lagi..
lps ni nk sambung lagi tgk :P

amaran:
mereka y berumur bawah 18 tahun dinasihatkan tgk dgn kebenaran atau pengawasan ibu bapa atau penjaga.
terimakaseh :D

December 16, 2009

cuti oh cuti

cuti sem bermula!!!


(mungkin hampir tamat)


oh kesian kau blog
ditinggalkan tuan kau...


xde la banyak sangat aktiviti cuti sem ni
cume xde mase utk diluangkan bermanje bersame blog.

list to do utk percutian kali ini

1) kemaskan bilek y selame satu sem ini tidak disentuh oleh manusia.

2) hibernasi secara sihat

3) update facebook (game2 saya)

4) g program wehdah, sisma, dan konsert opick ahah *wink2*


aktiviti y berjaya dilakukan...
semuanya terbalik....bukan 1-4....tapi 4-1..
maafla bilek...kamu terbiar begitu lame.

program siswi karisma (sisma) berjalan dgn lancar
walaupun saya telena dibawah aircond beberapa minit.
lupe nk mintak maaf kat mereka y berucap..
saya memang xsengaja
xmungkin la sy sanggup memalukan diri utk tidur time kamu tgh bg speech
kengantukan y xleh d control time tu
maka...saya tido secara sunyi *tanpa dengkuran*


[tiada gamba utk d post semasa d sisma]


secara keseluruhannya
cuti sem ni
memang sangat menarik

sampailah satu saat...
bosan y sangat2 melampau
sampai rasa hidup ni xbergune satu sen pun
merasakan diri sendiri buat bodoh bahlul y teramat..


tiba2..datang ilham dari Allah



Photobucket

untuk mencuba semula biskut y telah gagal dahulu
ekeke
mungkin rumet2 saya tau rupe dan rasanya
(ajaibnya rumet saya makan sampai balang kuih tu berseri2 tanpa habuk)

resepi biskut ni senang je...

Famous amos choc chips cookies
(pepel adalah warna rasmi UiTM)

2 cawan butter
4 cawan tepung gandum
2 tsp. baking soda
2 cawan gula perang
2 cawan gula halus
5 cawan blended oatmeal
(kiraan adalah selepas d blend)

24 oz chocolate chips
1 tsp. garam
18 oz. Cadbury bar [dalam 2 choc bar la]
(jadikan dia serbuk)

4 bijik telur
2 tsp. baking powder
3 cawan kacang (skati nk letak ke xnk)
2 tsp. vanilla

cara:
campurkan butter dgn gula. pukul3 lepas tambahkan telur dan vanilla dlm adunan. kemudian campurkan tepung, oatmeal, garam, baking powder dan soda....tambahkan choc chips, kedberi dan kacang. kemudian bulat2kan... siap suda
adunan ni bley dpatkan sbyk 122 cookies..
10 minutes at 375 degrees.

cute choc :P
biskut

ni cth cookies y saya wat (sblm dan selepas)...kalau ada kelainan dgn y anda buwat..xpe y penting sedap
(ahah...jgn komen rupe cookies ni)
Photobucket

plan ke2...cuba buat cream puff sangattt sedap :D dlm cream puff ni adalah custart


cream puff


rupe xberape cantek..tp y penting sedap XD

resepi boleh dapat di sini

tp busan masih lagi xhilang..
plan lps ni nk wat ais krim kacang merah
oh terima kaseh internet

Photobucket

October 17, 2009

good luck to all

memangdangkan semua penghuni UiTM akan melancarkan peperangan final exam tanpa henti
*okey la hiperbola yang tak beberapa nk hiper...

memandangkan jadual final exam sem ni agak menarik
xmacam sem2 yang lepas
d mana, saya akan buka gate utama UiTM untuk kamu semua pulang (-_-)

sem ni saya akan berebut dengan cos2 y seangkatan dengan saya untuk menutup gate utama
bangga sket jadi cos y lambat balik ni
d tujukan kepada pelajar accounting
mari la kite berebut tutup gate
huhu

tak lupe juga..
saya nak mintak maaf kepada rakan2 dan sesiapa y baca entry ini
sekiranya ada yang tersalah dan tersilap,
terkasar bahasa, terkurang ajar,
terhutang, terbebel,
dan semua ter2.... y xsengaja
harap maaf dan ampun
kalau raya hari tu xsempat nak dtg rumah kamu semua
maaf skali lagi..
doakanlah saya dan semua warga UiTM johor berjaya

Photobucket

malas nk tayang jadual final exam...
kang orang cakap saya ni
riak dan takbur lak
kali ni biar la saya men
zuhudkan diri :P


kepada seluruh IPTA/IPTS yang akan exam dan sedang exam
GOOD LUCK.
kekalkan istiqamah.

Photobucket

ps: warna oren seperti yang dr.Tuah minat, semoga anda juga bertuah (luck)

romance mathematic

Smart man + smart woman = romance

Smart man + dumb woman = affair

Dumb man + smart woman = marriage

_____________________________



OFFICE ARITHMETIC


Smart boss + smart employee = profit

Smart boss + dumb employee = production

Dumb boss + smart employee = promotion

Dumb boss + dumb employee = overtime

_____________________________


SHOPPING MATH


A man will pay $20 for a $10 item he needs.

A woman will pay $10 for a $20 item that she doesn't need.

_____________________________


GENERAL EQUATIONS & STATISTICS


A woman worries about the future until she gets a husband.

A man never worries about the future until he gets a wife.

A successful man is one who makes more money than his wife can spend.

A successful woman is one who can find such a man.

_____________________________


HAPPINESS


To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.

To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.

______________________________

LONGEVITY

Married men live longer than single men do, but married men are a lot more willing to die.

______________________________

PROPENSITY TO CHANGE


A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.

A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.

_____________________________


DISCUSSION TECHNIQUE


A woman has the last word in any argument.
Anything a man says after that is the beginning of a new argument.


_____________________________


HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED


Old aunts used to come up to me at weddings, poking me in the ribs and cackling, telling me, "You're next."

They stopped after I started doing the same thing to them at funerals.

September 21, 2009

selamat hari raya ke2

selamat hari raya,
maaf zahir batin

tatau la da kali ke berape wish raya ni
huhu sangat lame tidak meng-update blog
sampai takde kate utk d ucapkan ag
hanyalah ucapan syg dan chenta sy kepada sdare y lame xmenjenguk
dan sahabat2 y mengenali diri ini
sekian....
*tiada gamba utk entry ini



July 11, 2009

kehebatan tembikai menyerlah

memandangkan sekarang ni musim buah
ape kate kite cerita pasal buah...

saya memang sangat2 minat tembikai
(minat makan la)
entry ni khas kepada mereke y akan berkahwin xlame lagi
mane la tau time makan beradat tu
tatau nk wat menu ape
iye la kan...
nk makan pun kene la cantik sket2
raja sehari la katakan
huhuhu

tembikai y 1st
saya sediakan khas utk mereka y akan berkahwin dgn doctor gigi

Click the image to open in full size.

tembikai ke2
utk mereka y akan berkahwin dgn atlit negara
pasti mereka bangga
Click the image to open in full size.

tembikai seterusnya...
xtau ape motif dia
haha layan je la asalkan cantik
Click the image to open in full size.

dulu kecik2 saya suka naga
sebab sisik dia cantik
skrg ni saya masih lagi suke naga
bile tgk naga d tembikai
saya rasa naga itu sedap
Click the image to open in full size.

saya suke daun kat belakang tu
cantik sangat
Click the image to open in full size.

antara banyak2 tembikai ni
saya paling suke tembikai pertama tu





July 3, 2009

pulanglah!! syuh2

Photobucket

ingin saya maklumkan kepada semua warga uitm
pulangla dengan segera ke uitm terchenta tu
xpuas2 ke cuti??
da 2bln lebih cuti nih
cepat cairkan otak
da lame sangat beku
kang xjalan payah lak
(pesanan ini utk anda dan diri saya juga)

selepas ini saya tidak dpt lagi on9
sebenarnya saya masih mahu o9 lagi
atas sebab:
1. bilek saya d uitm kedap wireless
2. saya memang xmempunya berok-band.
3. rumet saya xnk tumpangkan berok-band dia kpd saya (haha ni rekaan smate2)

mulai hari ni saya akan blaja bersungguh2
(warna pepel ikut tema uitm)

Photobucket

Photobucket
ni jalan utk masuk ke uitm
gamba indah ni d amek dari bilek aku. huhuhu

July 2, 2009

kerete hijau itu

Photobucket
aku bukannye superhero
mahu pun hiro nakamura (dalam cite heroes tu)
aku hanya insan biasa
insan bernama nur hidayah

hohohoho
xde kene mengene dengan ape y berlaku hari ni
adeh aku accident dengan tembok ketika memandu kereta hijau itu seorg diri
salah akukah?
aku mempunya lesen memandu y sah
mungkin salah tembok itu
yaa... tembok tu xsepatutnya wujud d sana
Photobucket


dan kini kereta abg aku
y kaler ala2 kamen rider tu ada sedikit cacat
(tiada gamba kecacatan itu atas menutup malu penulis entry)

Photobucket

to abg:
maaf la ye
dan terima kasih bagi saye kepercyaan utk drive kerete kamu


Photobucket

June 27, 2009

luahan hati anas tahir

Photobucket

aku baru je bukak pasal 'koq'
huhuhu skrg ni tiada lagi koq y aku dgr d mulut beliau
yaa
aku baru je tgk vid y tbaru dia (xbape nk tbaru sangat la)

yela
ramai y kutuk dia kan
pasal vid nih...



aku suke vid nih
bukan sebab dia kutuk tomok
(aku xde la mencik sangat kat tomok tu)
dan dia da pun meluahkan isi hati dia
lagu peterpan, penyanyi mimpi y sempurna (saje type mende y salah kerana dia pun salah)
vid ni aku rasa dia nk bg ucapan je
nyanyi tuh sekadar sampingan je
kesian gak kat anas ni
ramai org mencik dia
aku suke giler dia...cz vid dia ni bley wat aku ilang tension


haha ko dgr la sendiri ucapan dia ek

dan ada gak y mahu menjadik seperti anas tahir
kire anas tahir wannabe la ni



huhuh aku suke kalo mereka wat gaya sendiri
xpayah la nk tiru ek
ilang seri

Photobucket

June 26, 2009

jual air liur

huhuhu aku xsangka lak
air liur pun bley jadik bisnes
berita ni kat beijing

Click the image to open in full size.

(xde niat nk tunjuk pic y sexy ni)

dia jual air liur dalam botol
berharga AS$3.25 (RM11.40)
dia kate
air liur ni daripada gadis2 berumur 18tahun ketika dia sedang tido
(bagi mereka y berumur 18tahun kalau mahu cube..sila la)
mereka kate air ni d jual utk tujuan perubatan

yaa aku ada gak terdengar
lepas bangun tido
minum air kosong
ni sunnah tau
utk kesihatan gak
tp aku xsangka lak diorg jual cani

huhuhu agak2 kalao jual kat mesia laku ke mende ni?

May 29, 2009

resepi ibu saya

kuih tuntuman
tuntuman adalah bahasa jawa

lupe bahasa melayu ape.. :P
kepada sesiapa y tahu bahasa melayu dia ape
sile la bg tau ek



nih la keje cuti sem
huhuhu

care2 nk wat kuih ni senang je....

1. bahan utama. mestilah ada pisang.


pisang y d gunakan d sini adalah pisang abu. terpulang kpd anda utk guna pisang ape pun..

Photobucket

2. santan. carikla d supermarket bdekatan. (saya cume carik kelapa d belakang rumah je)

3. daun pisang dan lidi. (juga d cari d belakang rumah)


daun pisang

4. daun pisang d potong bentuh 4 segi. jangan kecik sangat dan jangan besar sangat.

5. api2 kan daun pisang kemudian lap. hapuskan kuman (yeke? ekek sbnrnye bia senang lipat je)

6. santan d campur dgn garam. amek garam secukup rasa

santan


okeh bahan2 sudah ada...pisang dan santan td boleh la d satukan d dalam daun pisang =D
bungkus cantek2 tau.

siap

sudah siap...
cost utk buat kuih ni bagi saya
pisang = free (belakang rumah)
daun pisang = free (belakang rumah)
lidi = free (belakang rumah)
santan = free (kelapa belakang rumah)
secubit garam = free (ada kat dapur. wakaka)
total = RM 0.00

sangat murah untuk wat kuih ni
selamat mencuba

Photobucket

May 19, 2009

kau memang koq~

aku pun da tatau utk kali ke bape aku tgk vid nih
* yang telah bejaya menganggu study aku 2jam d saat paper law ku*
terimakasih la kepada anas tahir
y telah berjaya menceriakan hidup aku d saat kebusanan
lagi2 cuti sem neh
(bajek nak keje tp dok uma juga)




anda memang koq
wakaka
ni salah satu vid y aku slalu tgk
dan juga lagu mentera sempurna
wakaka Photobucket

May 6, 2009

yaa aku baru je pas tgk iklan y menarik kat utube
rasenye iklan ni cume ada kat arab je
huhu
seperti y aku perasan
ada org y sama
kumen kat semua iklan ni..
iklan ni ada 11

sape y berminat, lihat dan amati la ek
iklan ni penuh dgn moral value
pendek dan menarik



skaligus aku terpandang iklan y besh nih
=D




huhu tibe2 aku teringat udang hangus y aku masak td
adakah d sebabkan aku terlupe bace bismillah
haizzz

May 3, 2009

hariku bahagia bersama mr.donut

hari nih aku telah melanggar undang2 diet aku
(sejak bile tah ada undang2)
huhuhu
telah membaham donut y enak
adakah itu salah?

kui3
lantak la dengan diet tuh
da lame wey xmakan donut
kat segamat tuh xpenah jumpe donut
(jumpe gak la kat benteng)

Photobucket

ekeke
azam aku taun nih
nk makan donut kat big apple je
wakaka
(siap brazam ag nih..betapa besungguh2nya aku)

April 30, 2009

saya xnk jeleskan anda

hahahaha niat d atas memang tertulis d ati
saya memang x mahu jeleskan anda
huhuhu

saya mahu pulam hari ni
ekeke
sedang menunggu ayah dan bunda d bawah
wee

kpd mereka y sdg bsusah payah,
bertarung nyawa d dewan exam
silekan la berjuang
untuk menjana pembangunan ummah
=D
saya menyokong anda dari belakang je

saya mahu bukakan gate utk anda pulam nih

April 12, 2009

pulang lah kamu wahai bangsaku~~

hohoho jadual finalku bagaikan badai d tepian pandai
(badai lak~~)
yaaa....memang aku akan balik awal
tp jadual aku sangat pack
rasa macam nk nangis d tepian pantai
carik port nanges baek sket

malas nk gtau anda jadual saya
tp ketahuilah.....
saya pulang ke rumah 30hb april

kepada pelajar UiTM seluruh mesia
hohoho
saya bukakan gate utk anda pulang
wakaka
sekian~~~

silekan jeles

April 6, 2009

assignment saya

huhuhu saya tinggal satu lagi assignment utk sem ni
yeahhh rasa sangat berbaloi walaupun xtdo malam
tido lepas subuh...
rase bangge sket
huhuhu

nih y nak tunjuk kpd anda semua nih
assignment y telah berjaya d siapkan oleh 'kami'
huhuhu
terima kasih juga kepada encik abdus (bukan name sebenar)
kerana tlh menjayakan assignment kami

sile la ringan2 kan tangan anda utk melawat ke blog company saya...

click sini

March 25, 2009

apekah anda rase ape y saya rasa

bengang...haha
baru ingt nk cube cek frenster, mespes, tagged dan lain2 kat lab uitm ni
skali kene block lak
maka
terpakse la aku maen blockspot.com ni untuk meluahkan perasaan yang membuak-buak ni


blockspot

mintak maaf la kepada penaja saya.... uitm

March 6, 2009

makan vs diet

sbnrnye aku rase bahagia
impian aku jangke pendek ni
mahu kembali normal
hoho
bukan bermakne sblm ni aku abnormal

haizz...suda gumuk
naik 10kg dlm mase 2sem
hebat sungguh aku ni
maka sluar y aku beli dlu da taleh gune

maka aku telah amek keputusan y drastik
'aku mau diet'
haha
saje besaukan

dan akhirnya
aku bjaya
mengurangkan 5kg dlm mase beberape minggu
yeah
lihatlah donia
huhuhu
tp apekan daya
bile aku balik uma ni
makanan lazat2
wakaka
tatau naik bape kg
y penting....sluar lame da leh guna
hohoho

ape y aku ngidam nk makan skrg ni....

1st.....

Photobucket
name dia takoyaki (bukan name sbnr)
haha... tatau aa dia tulis takotao
tah mane y btl....

PhotobucketPhotobucket
hohoho sangat sedap bukan?


Photobucket
dan ini minuman y baru je aku minum petang td
harap xmerosakkan diet aku
hohoho..

Photobucket
datim bsama ayah y tcinta..wee luv u dad


PhotobucketPhotobucket
name dia siti, aminah, hasan (bukan name sebenar)
spesis ketam bunga (kaum sbenar)

huhuhu byk gak la y aku makan hari ni
xamek gamba lak ekek

doa aku hari ni; jgn la berat aku naik ag
huhu





March 5, 2009

The Glorified Names

aku baru je dgr lagu ni...best



The Glorified Names

Oh All Beneficent
You are The Most Merciful
Oh The King, The Most Holy
Oh The Peace and Blessing
Oh The Guarantor, The Guardian, The Preserver
Oh The Almighty, The Self Sufficient
Oh The Powerful, the Mender
Oh The Tremendous
You are The Creator
Oh You are The Rightful
Oh The Fashioner of Forms
Oh The Ever Forgiving


You are The All Compelling Subduer and The
Bestower
The Ever Providing, The Opener, The Victory
Giver,
The All Knowing, The Omniscient, The Re-
strainer, The Straightener
The Expander, The Munificent, The Abaser,
The Exalter
The Giver of Honor, The Giver of Dishonor,
The All Hearing, All Seeing
The Judge, The Arbitrator, The Utterly Just,
The Subtly Kind


The All Aware, The Forbearing, The Indulgent,
The Magnificent, The Infinite,
The All Forgiving, The Grateful
The Sublimely Exalted, The Great,
The Preserver,
The Nourisher, The Reckoner, The Majestic,
The Bountiful, The Generous, The Watchful


You are The Responsive, The Answerer,
The Vast, The All Encompassing
You are The Wise The Loving, The Kind One
You are The All Glorious, The Raiser of The Dead
You are The Witness, The Truth, The Real
You are The Trustee, The Dependable, The Strong
You are The Firm, The Steadfast The Protecting
Friend, Patron and Helper
You are The All Praiseworthy, The Accounter,
The Numberer of All
You are The Producer, Originator, and Initiator of
All, The Reinstater Who Brings Back All
You are The Giver of Life, The Bringer of Death,
The Destroyer
You are The Ever Living,
The Self Subsisting Sustainer of All


The Perceiver, The Finder, The Unfailing,
The Illustrious, The Magnificent
The One, The Unique, Manifestation of Unity
The Self Sufficient, The Impregnable, The Eternally
Besought of All, The Everlasting
The All Able, The All Determiner, The Dominant
The Expediter, He Who Brings Forward


The Delayer, He Who Puts Far Away, The First, The Last,
The Manifest, The All Victorious
The Hidden, The All Encompassing
The Patron, The Self Exalted,
The Most Kind and Righteous
The Ever Returning, Ever Relenting,
The Avenger, The Pardoner, The Effacer of Sins
The Compassionate, The All Pitying
The Owner of All Sovereignty,
The Lord of Majesty and Generosity
The Equitable, The Requiter,
The Gatherer, The Unifier
The All Rich, The Independent,
The Enricher, The Emancipator
You are The Withholder,
The Shielder, the Defender
You are The Distressor, The Harmer
You are The Propitious, The Benefactor
You are The Light
You are The Guide
You are The Incomparable, The Originator
You are The Ever Enduring and Immutable
You are The Heir, The Inheritor of All
You are The Guide, Infallible Teacher and Knower
You are The Patient, The Timeless.

source: iluvislam.com

mari bersiar2...lalala

yaaa utk sekian lamenye
aku da lame xmenjejakkan kaki ke office ayah ku
huhuhu

dulu beliau btugas d KL
skrg ni mintak tukau tempat lak
ke tempat lame
kat shah alam
yezza dulu time aku kecik2 penah la g sini
saje tgk bpk aku keje
hohoho

skrg ni....da lame aku xg sini
org lame masih ada
org pun ada
macam2 lak

masuk je department bpk aku
en.A: eh encik...sape ni? (tunjuk ke arah aku)
ms.A: muka pun tembam sama macam u...u bawak sape ni?
bpk ku: saya bwk amoi..hehe
aku: lol...(sengih je la y aku mampu)

tb2 bilik bpk aku d serbu oleh kawan2 beliau...
mule2 sorg....tb2 ramai lak y lalu
dush~~
xselese sungguh

bpk aku pun keluar la bilik g meeting
tinggal la aku sorg diri
dtg lak beberape org jejake (budak bilik sebelah)
jejaka 1: eh ni anaknya xxxxxx ke? (nama bpk ku dirahsiakan)
aku: iya
jejaka 1: blaja ke?
aku: iya (xnampak ke aku bawak beg skola ni)
jejaka 2: eh sape ni?
jejaka 1: anaknya xxxxxx la...
jejaka 2: dik abg nk ngurat ni..boleh x?
jejaka 3: xpe kan? hari ni hari jumaat..boleh kan?
aku: tny la abah..boleh ke x.... XD
jejaka 1: eh nk kene tny ke?
sambil blalu pergi meninggalkan aku

skrg ni mereka semua kat bilik meeting
busan2....
ngantuk
adeh.....

ps: da lame xupdate blog..huhuhu saje je meluahkan isi hati pagi ni.
lokasi: masih d office bapakkuh

February 14, 2009

14 februari = valentine

yaaa.... kepada mereke2 semua y bekenaan
huhu
kebetulan aku balik uma tarikh nih
anda nk cakap aku nih sambut valentine ho??

saya tujukan msg ni kepada encek abg saya.....
saya pulang ke rumah bunda bukan kerana valentine..
mahupun rindu kpd anda...
tp sy mahu jumpe jojo
ekeke
jojo c cumel aka kekasih barukuh
yeah....

jojo
c jojo y bahagia dgn stokin aku..wakaka



Photobucket
cik kucen d library.. y tlampau manje kpd sesiapa y melayannya..hohoho

dan skali lagi saya mahu ingtkan kepada mereka y bkenaan
saya tidak menyambut valentine
saya menentang valentine sekeras2nya!!!!
auummm

Photobucket

January 28, 2009

main rogol2

KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.

‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.

Dalam temu bual pada sesi kaunseling itu, katanya, tiga murid lelaki, masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berumur 10 tahun, membuat pengakuan jujur mengenai keterlanjuran mereka melakukan zina akibat terangsang selepas menonton VCD lucah.


Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung sendiri berusia enam tahun.

“Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu.

“Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja,” katanya.

Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar.

“Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih ‘pandai’ akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah. Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar ‘main rogol-rogol’ saja,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang.

“Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan,” katanya.

Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa.

Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan ‘main rogol-rogol’ itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah.

“Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik,” katanya.

Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah.

Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti ‘main rogol-rogol’ bersama adik saudaranya.

Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan.

Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh.

sumber: Harian metro 25 Julai 08

astaghfirullah...ape nk jadi...budak kecik y blm baligh camni pun da terel bab2 cani...

January 26, 2009

Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah

tulisan Pictures, Images and Photos

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

ps: aku da tau dah...aku pny y mane...huhuhu

pulang ke kampung

hohoho sbnrnye xde la balik kg sangat...
balik hari jer
tp agak letih la
(walaupun bukan aku y drive)
ps: kg aku kat perak...aku dok slangor... xde la jauh sangat

Photobucket
tyme ni da sampai rumah nenek aku
(mari makan)

y agak best bile aku dapat pegang camera
hohoho
camera abg kuh
memang best la gak
aku rase la kan
dlm beberape jam nih
da bratus gamba aku amek

part paling best....bile aku amek gamba ini

Photobucket

time nih kat ulu bernam
makan lagi...haha nk kene diet bln nih

aku saje je amek gamba nih
nk tunjuk lokasi y aku pegi
tp d tegor lak oleh satu family...
xtermasuk mk bpk dia la
c abg bkate: watpe amek gamba atas tuh, nk amek gamba sape?
artis ke kat atas tuh??
aku: tersipu2 sambil blah g kat meja aku
c adk pompuan: eh akak ni fotographer ke?
aku: eh mane ade.... hahaha

lol camera y aku gune nih melampau sangat agaknye
ekeke
aku taleh aa tinggalkan camera tuh dalam keter
kang kene pecah lak keter bapak aku tuh
sia2 je kene mara dgn bpk aku
gatal sangat nk bawak camera tuh
ekekeke
best2 jadik cameraman shari ni
(cameraman ke?)

shy2







bermula!!

hohoho slame nih aku ada blog
pastuh aku watdoh jer
skrg nih baru je nk cube try test...blog nih best ke x....

Photobucket
selamat melangkah ke alam blog
(ucapan utk diri sdr)