November 30, 2010

menjana pembangunan ummah

anggota badan kita ni ada kene mengene dengan organ dalaman kita..
saya luangkan masa saya yang berharga untuk buat entry ni demi kebahagian masa depan kita bersama tahu...

baca lah demi menjana pembangunan ummah dan masa depan yang lebih cemerlang :)

1. mata


mata bertindak balas dengan hati

   
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku... Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja. tgh sedih la ni 

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. hidung


hidung ada hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong
ada affair gittew 

 
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
      a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
      b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. 

bila bersin, ucaplah alhamdulillah :)

3. batuk

batuk ada kaitan dengan paru-paru


i. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. 

iii. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. kerongkong


   
i. Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii. Sakit kerongkong : sama  seperti di atas dan ditambah dengan paras keracunan lebih serius.

jika anda sakit kerongkong, minumlah banyak air masak ya... jangan gatal minum air sejuk


5. bibir 


bibir ada kaitan dengan fungsi sistem penghadaman

 
i. Bibir pucat

   a. sistem penghadaman yang lemah

   b. perut mengandungi angin

   c. kurang darah akibat dari sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurang zat besi. 


ii. Bibir kering dan pecah : Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. mulut dan lidah 


mulut dan lidah berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah  
 
i. Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii. Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. 

iv. lidah rasa tegang dan pendek : Tanda sakit jantung.


7. telinga 


telinga berkaitan dengan buah pinggang
 
i. Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii. Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. kulit berpeluh


 
a. Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik. 
macamana nak tahu peluh masin ke x? pergilah rasa :P

b. Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. ruam dan bisul 


9. ruam dan bisul : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. kulit gatal dengan ruam : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. kulit pecah dan berair
errr aku tak nak google gambar kulit pecah dan berair ni...so, aku letak ubat dia je la okay~ 


kulit pecah dan berair : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. rambut gugur


rambut gugur menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. tapi, jangan risau...Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. sendi-sendi, tangan dan kaki

 
a. Sakit Sendi

i. rasa panas : menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit gout.
ii. tidak rasa panas : tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii. sakit di bahagian bahu : menandakan saluran darah telah menjadi keas dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

oh saya selalu sakit bahu semasa belajar, adakah ini dikira? 
     
 
b. kebas tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c. kebas tangan kiri dan lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d. kebas kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e. sakit tapak kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f. sakit tumit kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g. rasa panas di tapak kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h. gatal di celah-celah jari kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. tanda-tanda dalaman lain

kepala ada kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak 

a. pening / sakit di bahagian depan kepala : tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
mungkin ada kene mengene dengan botak di depan kepala :P

b. pening / sakit di bahagian belakang kepala :
i. bahagian atas : penyakit tekanan darah tinggi
ii. bahagian bawah (tengkuk) : tekanan darah tinggi atau tekanan darah. 

c. sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga : penyakit migrain 

d. bisul di kepala : pembuangan toksin berlaku dan mungkin ada kaitan dengan migrain 

e. rasa pening yang memusing : kurang darah atau pengaliran darah yang tak lancar

15. mulut / kerongkong / lidah 

   
a. loya / muntah :  Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. muntah darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong 
ii) Darah hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

c. keluar air liur yang pekat : proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman. 
 

16. kencing 


memandangkan saya tidak mahu blog saya busuk akibat kotoran kencing....gambar ni sebagai pengganti 'kencing'
 
a. kerap kencing : menunjukkan pinggang mengandungi kotoran 
b. air kencing berkapur : penyakit batu karang dalam buah pinggang
c. air kencing berminyak : menunjukkan buag pinggang mengandungi kotoran berlemak
d. air kencing pekat berwarna coklat : menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku
e. air kencing berdarah : penyakit batu karang atau buah pinggang luka. 


18. buang air besar 
 


 
a. cirit birit / kerap buang air besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b. sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.

c. najis berdarah : 
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) najis berwarna hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


19. badan 

 
a. rasa sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b. badan terasa berat/ malas/ lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c. badan terasa panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d. badan terasa ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

haaa badan malas pun satu penyakit tau...

20. rasa takut mengejut


menandakan lemah fungsi buah pinggang dan tenaga batin yang lemah

 
21. cepat naik darah / marah


 Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

22. rasa bimbang dan takut

 Sistem paru-paru yang lemah.

23. rasa seronok atau bimbang tanpa sebab

 
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

rasa seronok tanpa sebab pun merupakan satu penyakit!! kadang2 aku ada penyakit camni

24. suka berfikir dan berkhayal 

 Sistem penghadaman yang lemah.

haa sesape yang suke berangan ni...alert ya..
lepas ni jangan berangan dalam kelas :P

marilah sama-sama kita alert dengan kesihatan kita ek..
jangan main2...sakit kepala sekali pun ada effect dengan dalaman kita

marilah kita menjana pembangunan ummah!!

macamana nk jana? pregnant la beramai2.... :P


November 29, 2010

kempen berdiet

nak berdietpun bukan senang, kene tengok jenis darah gak

saya dengan besar hati, mengadakan kempen dalam blog

"mari berdiet ikut jenis darah kita..."


darah A

digalakkan untuk terus makan sayuran dan buahan. amalkan diet jenis tinggi karbohidrat dan rendah lemak (di sini saya syorkan anda makan kentang, roti..). kajian menunjukkan cairan darah jenis ini lebih pekat berbanding yang lain. mempunyai imunisasi tubuh yang sensitif dan tidak digalakkan untuk mengambil produk tenusu, lemak haiwan, dan daging. berisiko untuk mendapat diabetes, kanser, dan gejala kardiovaskular yang lemah

darah B

perlu mengambil makanan yang seimbang. ala macam piramid makanan tu... pemilik jenis darah ini mudah diserang penyakit jantung, kerosakan hati, dan kanser.


ni lah piramid makanan tu

senangkan nak diet untuk darah jenis B ni... akulah tu

darah AB

makanlah makanan yang berasaskan sayuran dan sesekali bolehlah mengambil ikan, daging lembu, dan produk tenusu.

eh senangnya nk diet bagi penerima darah universal ni...

darah O

harus berdiet dengan makanan tinggi protein, banyakkan mengambil daging merah, makanan rendah karbohidrat dan banyakkan mengambil sayuran dan buahan. pemilik darah ini digalakkan mengambil makanan berasaskan gandum, jagung, dan elakkan produk tenusu, kekacang. berisiko menghidapi penyakit tiroid, gastrik, ulser, dan mempunyai cairan darah paling minimum. 

bukan senang nak berdiet bagi penderma darah universal ni.. leceh sungguh anda ek. 

biasala tu...dunia xsemuanya adil.. penerima dan penderma darah universal ni memang selalu bertentangan cara diet nya... 

mak aku (darah AB) kawen dengan bapak aku (darah O) bahagia je sampai sekarang walaupun cara diet berlainan... 


perbualan antara ayah dan anak,

abah: kenape darah eyda tak same macam darah mak dan abah? (aku darah B)

eyda: ..... AB + O = A, B, AB, O... okay la tu abah... 


berbalik kepada topik asal...

ini adalah makanan yang sepatutnya anda amalkan...

darah A

  • skali lagi saya tekankan, elakkan mengambil daging merah (macam daging ayam, burung, itik...) belajarlah makan ikan dengan rebus atau bakar.
  • JANGAN makan makanan yang diproses (burger, sosej, bola daging dan laen2) no mcd okay~ makanan ini mengandungi nitrat; penyebab kanser perut. sangat2 tidak digalakkan makan bagi mereka yang mempunyai asid yang rendah dalam perut.
  • hadkan pengambilan makanan laut. JANGAN mengambil makanan laut lain sekiranya anda sudah memakan ikan. dengan kata lain, anda tak boleh la menikmati makanan di seafood, seoul garden... (kesian anda)
  • amalkan makan kekacang - kekacang membekalkan protein. (disebabkan anda susah nk makan seafood, makan kacang pun jadil laa)
  • ambil sayur secara mentah! ada juga sayur yang anda harus ELAKKAN seperti kentang, tomato, keladi, kubis.. (oh nampaknya yang saya syorkan di atas tadi anda tidak boleh makanlah...)

darah B

  • jauhi seafood yang mempunyai cengkerang. - buat masa ni memang saya tak makan makanan bercengkerang kecuali ketam :D

info: kandungan primer gula dalam antigen darah B adalah sama dengan kadar gula dalam susu. mungkin sebab ni nyamuk mencintai saya

  • anda boleh menerima semua jenis produk tenusu dan telur
  • elakkan kekacang
  • gunakan minyak zaitun dalam masakan, ia membantu melancarkan penghadaman. 

darah O

  • anda boleh menikmati segala jenis daging. jangan makan daging babi sudah la ek
  • boleh menikmati makanan laut dengan bahagia.
  • pilih sayuran hijau, ada vitamin K tahu~



darah AB mana?? haha tatau2... korang cari la sendiri.. :P

darah AB ikutlah cara di atassss tadi ek.. 

marilah sama2 menjaga kesihatan diri kita... - pesanan dari pengerusi kempen




November 28, 2010

lovely blog award


okay saya dapat award lagi skali...

mungkin sudah musimnya untuk bertukar2 award :P


soalan untuk memenangi award ni senang saja...

- 5 perkara indah yang berlaku dalam hidup saya

1. dilahirkan sebagai umat Islam
2.  saya ada mak yang sangat sayangkan saya
3. saya ada cikgu dan lecturer yang hebat untuk mengajar saya :) thx.. 
4. diberi peluang untuk teruskan pengajian saya 
5. diberi anugerah kesihatan dan masih hidup sampai sekarang (hoho bley termasuk ke ni)

- tag 7 orang bloggers

kepada readers saya :D ada ke readers ni?

anda telah di tag!!! sila amek award anda dan jawab soalan di atas dalam masa 5 minit!!

November 26, 2010

blog saya santek

saya dapat award dari fateen, thanks again :)


oh yeah, saya dapat award blog paling santek, somel, sepah... :P

bukan senang okay nk dapat award ni, kene jawab soalan yang xtau berape markahnya..

xde carry mark tahu :D


berikan satu nick name tuk pemberi awrd
c kecoh aten :P 

ucapan tuk pemberi award

rasanya baru je semalam saya belajar untuk mekapkan blog ni

xsangka dah dapart award hari ni... (memang baru smlm pun belajar)

thanks aten.. luv u... 

 

berikan 6 artis/ singerband yg kornag minat

faizal taher (saje letak no1), black, maher zain,.... aku tgh giler2 kat mereke.

byk lagi la...malas nk fikir

 

bagi award ni kpd 7 blog yang cun dan cantik

syaira
fatin
ain
azie
koda
kak nur
nina

"OK DONE! bg mereka yg telah di pilih sbg blog yg chntik..tahniah! mmg cantik blog korg..ngn gaya penulisan korg yg berbeza2..keep it up bebeh! yg xterpilih bukan xcantik..cantik jugak..cma saya hanya bole memilih 7.. :)" (fateen,2010).

wah macam ayat artis kamu nih.. ekeke maceh yaa ten...


November 25, 2010

Contest :: Kids & Baby Photo Contest

oh saya sudah ditag...oleh fateen...

thanks ek :)

seperti kate aten, tag kali ni berupa contest..



ni gamba banner contest

syarat -syarat penyertaan.


1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya. http://sweetlikekisses.blogspot.com/ Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)
orite~

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

so, alert ya kawan2....anda suda di tag


3. letakkan banner contest di sidebar anda.
rite~


4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..
orite~




ni lah gamba aku yang paling kecik yang aku ada.. umur 6tahun... gamba baby tiada ye.. 

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.


6.mesti mulakan title entry dengan nama contest. 


7.wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang. 


tarikh tutup sehingga 30 november 2010 .tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)


hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.

you are not alone

biasala tu kalau title english, entry BM...

okay masuk topic serious sikit.

baru beberapa bulan lepas, aku diuji...

bagi aku ujian tu sangat berat... ujian ape? adalah....

siapa sangka, kawan2 semuanya disisi disaat aku tak terdaya.

yang tak berapa rapat pun turut sumbang semangat...


Tuhan saja yang tau, betapa huru hara, kacau bilaunya aku time tu


sekarang saya akan cakap, Alhamdulillah sebab saya pernah diuji.

sekurang-kurangnya saya dapat merasa yang pahit sebelum merasa yang manis.

kan Allah tu maha adil...


baru-baru ni sahabat saya pula dilanda dengan ujian.

mungkin lagi berat dan lagi hebat dari saya, 

itu menunjukkan Allah sangat sayangkan kamu. 

sebab Dia tahu, kamu kuat untuk berdepan dengan ujian seperti itu.

dan jangan risau, Allah sentiasa bersama setiap langkah kamu bergerak, setiap saat masa berlalu.

dan....saya pun ada bersama anda :)


mungkin ramai yang pernah membaca 'KENAPA AKU DIUJI', 

saya dah baca banyak kali, sampai sekarang masih lagi terkesan dihati.


 
KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta.

Surah Al-Ankabut; 2-3


KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU
IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Surah Al-Baqarah; 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.

Surah Al-Baqarah; 286



RASA FRUST?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. 

Surah Al-Imran; 139


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara- perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Surah Al-Imran; 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk

Surah Al-Baqarah; 45


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

Surah At-Taubah; 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal 

Surah At-Taubah; 129


AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah Yusuf; 87


cantikkan ayat Al-Quran ni...

ayat-ayat dari Allah semuanya indah2...

kan Allah tu maha mengetahui :)


"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan…kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya”


kepada sahabat2 saya,

be strong bebeh!

ni ada satu perkataan saya nak share, datangnya dari kawan saya juga..

A blessing in disguise

"A blessing in disguise" is a good thing that you don't recognize at first as a good thing. Example: "The hotel is full tonight; we will need to find a new place to stay." Answer: "Maybe it's just a blessing in disguise; I've been wanting to try a new place anyway." Some people believe that good things are really "blessings" (gifts from God), that we don't always recognize for what they are at first. Example: "I lost my job and was upset at first, but I found a better one and have been much happier since." Answer: "Losing your job was just a blessing in disguise!" It is as if the good thing (a blessing) were wearing the clothes (in disguise) of some other thing, so at first you do not see it as the good thing that it really is. Example: "My car broke down again, but maybe it was a blessing in disguise; I've been wasting too much time driving around anyway."

source: website ni 

alaa orang melayu selalu cakap....ada hikmah disebalik semua ni

contoh lain....

mungkin awak tak tak dapat sambung belajar bidang transport sebab Allah nak bagi sesuatu yang lagi sesuai untuk awak... eh macam kenal je tu...

mungkin awak tak lulus satu paper  sebab Allah nak bagi awak A next time... tak salahkan cakap camni?

yang penting doa je lah yang terbaik, seterusnya berserahlah kepada Allah





kalau anda failed exam sebab malas study, itu tidak dikira sebagai ujian!

November 24, 2010

sopan sentiasa

beberapa perkara yang selalu aku buat, habit gak la..

sem ni saja tahu.... kalo kumpul setahun punya, korang menyampah lak bace..


  • mintak maaf kat kerusi

kerusi saya berlaga dgn kerusi sebelah, tanpa berfikir panjang, terus mintak maaf sambil menepuk bahu kerusi tersebut (ada bahu ke dia ni?)

  • ucap terimakasih kat ATM

ATM memuntahkan duit RM50, terus cakap thanks.. (nasib baek dia xreply)

  • marah2 kat teddy bear

ni time tension study untuk final hari tu.. (nasib baik jugak ko xreply)

kalo aku jadi teddy tu, aku akan cakap camni 'hei diamlah'

ape gunanya teddy kalau bukan untuk melepaskan marah kan...

  • tersalah tulis nombor matrik kat paper final

ampun puan....xsengaja...saya tulis nombor diploma punya huhu



bila fikir2 balik, sopan jugak aku ni...

sentiasa berbudi bahasa walaupun dgn kerusi dan ATM..



engineer atau accountant ?

skali skala bagi game untuk segarkan otak okay jugak..

nak2 otak memang xaktif masa cuti sem ni

jangan biarkan otak anda berhibernasi..

mari main game ni :)

pernah tak korang main game ni...



cara: selesaikan tanda soal tu...

kalau xpernah main, bagus....jum main

kalau pernah main, main lah lagi skali

  •  sekiranya anda seorang engineer, anda sepatutnya dapat menyelesaikannya dalam masa 3minit atau kurang.
  • sekiranya anda seorang architect, anda akan selesaikan dalam masa 3 jam.
  • sekiranya anda seorang doctor, anda akan selesaikan dalam masa 6 jam.
  • sekiranya anda seorang accountant, mungkin diselesaikan dalam masa 3 bulan.
  • dan.....sekiranya anda seorang lawyer, anda mungkin tidak akan dapat selesaikan game ni..... 

saya dapat selesaikan game ni dalam masa 2 minit... oh mungkin saya berbakat menjadi engineer. (yela...saya kan budak Bisnes  math )

mungkin saya memang tak layak amik bidang account. sebab mereka hanya akan selesaikan dalam masa 3 bulan... betul ke?

dah xdesperate nak amik account lagi.. saya suka course saya sekarang ni...



sila klik untuk tumbesaran

okay, itu nama saya, saya orang ke 153 yang dapat jawab game ni,
kalau anda dapat jawab game ni, dan mahu nama anda berada dalam list ni,
sila la emel saya...
nurhidayah.mhd@gmail.com 

ps: ada password tau untuk masukkan nama anda dalam list ni, passwordnya....... jawapan yang anda dapat

November 20, 2010

jangan belajar di bilik tidur

kalau anda da biasa belajar kat bilik tidur,

belajarlah, nk belajar atas katil pun boleh...

aku selalu buat camni, maklumla bilik tidur kolej kecik...


bebudak bawah umur xboleh belajar kat bilik tidur okay~

(mara la budak2 kecik kat aku nanti)

sila la klik sini untuk keterangan lebih lanjut


bila mak bapak da bagi kepercayaan tu,

sila la gunekan dengan sewajarnya..

xkesian ke tgk mak bapak korang ni.. 

ingatlah ada yang lebih mengetahui ape yang anda buat sorok2 tu...


ibu bapa dinasihatkan tarbiah anak2

(like this) - oh ini bukan facebook, xboleh main like2


manusia akhir zaman~


layan ni lagi best..

bagai cendawan tumbuh selepas hujan



November 16, 2010

oh saya sudah di tag

oh yeah saya sudah d tag oleh budak kecik...

pestime gak la aku melayan tag ni, :P

d sebabkan aku ada byk masa lapang, 

maka rajinlah aku menjawab soalan di bawah ni


1. apa nama blog dan knp letak nama itu?

name blog guwe sedap ja bloggie. aku cume suke y simple2 je.

sebab aku xde idea laen...hahahak



2. apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?

http://dayah89.blogspot.com/
time ni wat blog bodo2 je....skali ni la tempat aku nk merepek...




3. apa method dlm penulisan anda?


errr method? da macam wat research daa ada method2...

biasanya dtg dari lubuk hati dan otak aku, kadang2 dari website laen...sekadar bkongsi idea dan luahan.



4. pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?

wat mase ni xde lagi...best gak merepek kat sini...korang nak bace, sukahati korang la~



5. pernah ahli keluarga anda baca blog anda?

ntah....


6. apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sdgkan org lain kata blog anda cantik?

haha aku peduli hape...ade aku usik blog ko?


7. bila blog anda diberanakkan?

ntah...dia tidak berbapa, tatau lak kalo dia beranak ke bertelur... 


8. siapa org pertama yg tahu anda ada blog?

aa...ntah...


9. apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?

da lame xg skola..haha



10. sepuluh org sterusnya bakal ditag

readers aku sampai sepuluh ke? :P

KAMU SUDAH Di TAG!!

ye lah... kamu y baca ni la

xpayah pandang belakang, memang kamu lah orangnya

sila la luangkan masa untuk menjawab soalan pendek ni

tiada markah bonus okay~



ni hadiah untuk korang yang rajin menjawab tag ni

November 15, 2010

hari ini dalam sejarah

sejarah semalam menjadikan kita pada hari ini

sejarah itu merupakan nightmare bagi aku...


dear cikgu tersayang,

mintak maaf SPM dulu saya xscore subject ni

saya harap cikgu faham...saya memang xminat paper ni

jujur dari lubuk hati,

eyda yang comel.


okay lah cikgu boleh gelak sekarang sebab diploma saya amek bisnes,

ada subject economic malaysia, cerita pasal sejarah juga,

dan beberapa subject lain....sejarah juga...

setelah melarikan diri ke faculty lain,

saya belajar sejarah juga

(mungkin kite memang xboleh lari dari sejarah)

bak kate omputeh,

"leave the past in the past, the future in future, and enjoy the present of the present"

disebabkan sejarah masih menyelubungi hari2 saya,

saya xdapat enjoy "present" yang dimaksudkan di atas. 

(mungkin omputeh xleh d pakai!!!) - aiceh padahal bukan kemain suke lagi bile aku bace pepatah ni dlu.


maka, untuk menghilangkan ketidaksukaan pada sejarah ini,

kite kene enjoy~ 

Photobucket

go eyda~ go eyda~


untuk mengingati bagaimana Malaysia terbentuk:



sumber: oh! media


seterusnya kisah kesultanan Melaka:



sumber: oh! media 

cikgu, mungkin betul sejarah tu menyeronokkan.
saya baru sedar hari ni...
saya akan pesan kat cucu cicit saya, supaya mereke belajar camni 

November 13, 2010

kepada sesiapa berminat nk jadik hubby aku, silalah baca!!

baru2 ni topik hangat di facebook adalah pasal "kahwin".

aku suke cite pasal ni.. 

sape tatau ape makna kahwin, pegi tanya mak anda.


tiba2 aku pun terfikir lah pasal kawen

(skali skala pikir xpe, jangan selalu ye...)

ciri2 husband aku xde la besar sangat....


sedap mata memandang...




cincin y simple..



majlis kecil-kecilan...xelok membazir kann :)




honeymoon d mana2 sahaja, asalkan ada si suami





rumah kecik, cukup la untuk anak2 bermain...





suami yang berkerjaya :)




kerete kecik, untuk bershopping




dan kerete lagi satu untuk balik kampung bersame anak2




okay itu saja yang saya mahu... xbanyak pun *wink*


 


yang paling penting, dia layak menjadi imam keluarga :)