October 9, 2011

monday, tuesday, wednesday,...

saya dah ada adapter wireless yeah :P
untuk pertama kalinya dalam 5 tahun saya blaja ni,
baru pertama kali saya dapat menikmati wireless uitm. terimakaseh

kini komputer saya tidak bisu lagi selepas adanya usb speaker disisi :P

September 1, 2011

hari-hari hari raya


selamat hari raya aidilfitri..


last day aku kerja adalah last day puasa = last day aku tiada suara.. sangat sebak bile ada customer wish selamat hari raya dan aku cume reply dengan mengangguk sambil bercakap tanpa ada satu bunyi pun yang keluar dari mulut. yang paling sadis bila ada customer tanya " balik mana kak?" aku cume... T_T

sangat bertuah bila raya ada suara walaupun pinjam suara ella... dapat la gua wish raya kat semua orang... kepada customer yang wish dulu tu....aku nk wish balik, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN...


kepada anda rakan-rakan bloggers, rakan2 dunia maya, rakan2 dunia bumi...

selamat hari raya, mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, terngumpat terkutuk samada sengaja atau tak. mintak maaf zahir batin ye...


segala gambar ihsan dari gugel


July 16, 2011

...kerana segalanya perlukan pengorbanan

disebabkan semuanya perlukan pengorbanan, barulah ada perubahan.

kalau xnak berkorban ape2, silalah harapkan rakan seperjuangan anda yang lain berkorban.

nak duit, kene kerja
nak kerja, kene ada ilmu
nak ilmu, kene pergi menuntut
.... semuanya perlukan pengorbanan...



nak pahala, kenelah rajin beribadah, beramal, beristiqamah..
welcome back ramadhan :)
mari collect pahala beramai2



nak tangkap ikan di air yang cetek, kene korbankan tudung sendiri...


July 11, 2011

yes, ini lah negara yang kita

ini bukan surat berantai mahupun video berantai,
tapi, sila lah sebarkan untuk kebahagiaan kita bersama




sungguhpun terasa seperti mahu mencarut, tapi gua pendamkan saja..

video paling hanjeng untuk bulan nih..hinsss


July 7, 2011

yang merah itu polo

rasanya jiwa dan hati saya bukannya di restoren, mungkin dicelah-celah baju baby.. ahah :)

selepas merisik dan dirisik, kini saya telah bertemu jodoh dengan kekasih lama saya. mungkin ni lah yang dikatakan "kalau dah jodoh tak kemana".

kepada readers dan diri sendiri,

sempene bulan sya'ban dan bulan ramadhan yang bakal tiba ni, harap segala ibadah berjalan lancar, diterima segala amal, dan selamat menjalani ibadah puasa :)


welcome back Polo. good bye vivo..



lepas ni xpayah la pakai uniform yang seksis2.

July 5, 2011

waitress itu seksi


sudah genap sebulan aku berjaya kerja sebagai waitress yang seksis di vivo. kalau anda rajin, sila lah melawat di restoren ini, jangan datang weekends... JANGAN DATANG WEEKENDS... boleh dikatakan majoriti customer yang datang weekends akan bagi feedback 'lembab sungguh vivo nih'

bagi aku, makanan sedap2 ja kat sini...(walaupun aku tak dapat makan free, aku sudah tahu ape rasa makanan ni dengan melihat)

banyak dugaan masa nak carik rezeki ni, tambah2 lagi tempat aku kerja ni ramai cine, banyak gak pengajaran yang aku dapat :)

letakkan diri sendiri 100% sebagai waiter, tak kisah lah ko ni mahasiswa ke manager ke, bila kerja sebagai waiter, anggap diri ni 100% sebagai waiter.. so sekiranya anda masih lagi seorang pelajar, letakkan lah diri anda 100% sebagai pelajar semasa di klas. :)

mereka semua berebut2 untuk menunaikan tanggungjawab sebagai waiter sampai berebut tugas dengan aku, so.. jangan lah pertikaikan sangat kenapa cina boleh maju sedangkan melayu masih dibelakang.. bak kate lecturer aku satu ketika dahulu, if you can't beat them, join them.


err bila gaji nak masuk ni?

May 29, 2011

3in1 baik untuk kesihatan minda

memandangkan result tak keluar lagi...pelajar2 UiTM dilanda debaran, kerunsingan, ketakutan, ketabahan, kebengangan, ketakwaan, kelalaian, dan keduniaan

tiba2 aku pun ter-flash back masa study week dan exam week...

maklumlah time tu blog aku suci dari entry2 baru... so aku jamakkan lah sekali semuanya dalam satu entry.


3 hari pertama study week aku balik rumah. konon-kononnya home sick. maka beginilah cara aku study di rumah, bagi mereka yang masih belum hebat lagi, jangan tiru... segala kemerosotan anda adalah atas tanggungan sendiri.


ni lah cara2 belajar sambil ber-tv dan ber-facebook.. 3 in 1 gittew..


sebagai warga mawar yang sejati, saya suke study di bilik dan study di hujung koridor kolej...gambar hujung koridor xsempat ditangkap memandangkan tengah khusyuk study. study group lagi...


ni boyfriend saya, biasanya dia dodoikan saya tidur dengan movie2 yang ada dalam perut dia. dia romentik, penyayang, kadang2 kuat cemburu.. err..


ni la keadaan meja komputer dan katil saya time study week...


tatkala terputus hubungan Internet, handphone, surat, fax...biarlah burung menghubungkan orang yang berada di Malaysia dan Indonesia..woha..


kadang-kadang, saya study kat library sambil menikmati aircond dan menikmati keindahan alam, mata pun terasa segar dan bersih. yeah!


jangan tak percaya, ni lah library uitm... tetiba aku bangge jadik warga uitm. aiceh...

study kat bilik snooker pun best gak..rasa bangge jadik warga mawar gak hoh~


sementara tunggu result ni, tak semestinya takde mende bley buat, memandangkan time jawab exam hari tu dah perah otak, study sungguh, berhempas pulas... dah macam jihad gak.. so, sementara menunggu result yang dikatekan keluar 17 Jun 2011 ni, tawakal lah, doa bebanyak..

bak kate omputeh...

you reap what you sow

so, ape yang lepas jadikan pengajaran..next sem perbaiki lagi segala kelemahan... (pesanan untuk diri sendiri ni, kalau nak terasa, silakan....)





ps: OMG...cepatlah bukak sem!... err tajuk tade kaitan dengan entry...biasa la tu...











May 20, 2011

bila budak U cuti 4 bulan........

asal cuti jeee update blog... asal update blog je mesti cuti......

dah 4 tahun saya menjadi budak U yang sejati...baru hari ni terasa nak belajar cara-cara mengira GPA dan CGPA

setelah saya google untuk pastikan stalker blog saya sentiasa berada di jalan yang benar dan mendapat maklumat yang tepat, maksud GPA adalah Grade Point Average. ala markah korang every sem tu la..

untuk UiTM, grade kite begini:


A + : 4.00
A : 4.00
A - : 3.67
B + : 3.33
B : 3.00
B - : 2.67
C + : 2.33
C : 2.00
C - : 1.67
D + : 1.33
D : 1.00
E : 0.67
F : 0.00

sekiranya anda mendapat grade yang saya warnakan merah ni, lecturer akan menganggap anda sangat berminat dengan subject yang anda ambil, dan anda layak untuk ambil semula pada semester hadapan. tahniah.

keputusan :

Subject

Kredit

Gred

Mata Nilai

Jumlah Mata Nilai

Financial Accounting

3.0

A

4.00

12.00

English Language

3.0

B

3.00

9.00

Prinsip-prinsip Asas Islam

2.0

B

3.00

6.00

Kesatria Negara I

1.0

A+

4.00

4.00

Business Mathematics

3.0

A-

3.67

11.01

Management

3.0

B

3.00

9.00

Fundamental of Transportation

3.0

A

4.00

12.00

cara pengiraan :


GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai / Hasil tambah semua kredit


GPA = (12.00+9.00+6.00+4.00+11.01+9.00+12.00)/(3.0+3.0+2.0+1.0+3.0+3.0+3.0)


GPA = 63.01/18

GPA = 3.50

tadaaa...da siap kira...senang je nak kira sebenarnya, untuk kira CGPA, sama macam kira purata..

maru Pictures, Images and Photos






May 13, 2011

suara wanita ni aurat ke?

oh susah la kalau suara ni aurat...nak berkomunikasi guna bahasa isyaratlah jawabnya...


kepada para wanita, jagalah adab kalian untuk berbicara..

tak susah pun nak jaga...borak ja macam biasa.. tak payah nak guna bahasa isyarat.

kan Allah da ciptakan mulut dan suara untuk digunakan sebaiknya :)


“...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]


kepada gadis-gadis yang dianugerahkan suara yang merdu, lunak, dan sebagainya...

ini mungkin cabaran besar bagi anda..

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat, 'suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

source

kalau rasa nak jugak cakap gedik-gedik, manja2...bolehhh

ini adalah golongan yang anda boleh menggedik dan menyanyi..

“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...”[An Nur: 31]


satu lagi yang anda sangat-sangat digalakkan baca untuk menghapuskan segala kemusykilan..kalau ada gak...saya sudi berbincang dengan anda :)

sila kelik adakah suara wanita itu aurat?



ps: da lame aku xupdate blog, rasa macam skema je ayat di atas..


March 5, 2011

falling in love

luve

saya rasa saya sedang curahkan rasa cinta dan hati saya ditempat yang betul.

semakin hari saya semakin cinta kat course yang saya amek nih.

ada satu movie yang saya tengok..sangat2 memberi ransangan kat hati dan jiwa.. (kira tacing gak la)

wat masa ni, tu la satu-satunya cerita hindustan yang saya sanggup tengok ulang2

penuh dengan motivasi dan pengajaran.


studying does not only involve our brains, but our livers hearts, too.


so, kepada anda yang masih lagi belajar,

silalah jatuh cinta dan berkahwin dengan course anda :)

doakan saya berjaya


3 idiots' inspired me :)


Doa Usaha Istiqamah Tawakal

sangat penting untuk berjaya... menabunglah dari sekarang :)



Kalam Saiyidatina Aisyah : "Wanita solehah itu, di bibirnya tiada nama lelaki, di bibir lelaki tiada namanya. Dia tidak suka dipandang, dan dia tidak suka memandang.

credit to kak una senpai :)









sangat2 malas nk menaip... ni lah sinopsis untuk entry kali ni

February 12, 2011

tolong ingatkan aku

meh nyanyi lagu ana raffali sesame :P




sekali lagi aku sangat sibuk minggu ni..

biasa la tu..student.. :)
tak banyak masa nak membebel kat blog ni.

motif utama balik rumah every weekend ni, sebab lecturer suruh.

dia suruh buat "kerja rumah" mesti la aku kene balik
sampai je kat rumah....terus nampak makanan....
terus lupa kerja rumah..

so, tolong ingatkan aku~~


p/s: aku bizik2 pun sempat la layan youtube ni.. untuk buat gelak2 :) terus aku share di sini

February 5, 2011

p/s: I Love You

fuhhhhh fuhh fuh!!!

okay dah hilang habuk kat blog nih...


dah lame tak update... memang serious xde masa.. ni lah masa terluang yang ada..

entry kali ni sambungan dari entry syurgaku tuh...


perasaan pertama bila nampak barang2 rumet baru aku tu, biasa je... tak de la happy mana..

cuma terkejut nampak cross (O.O") <--------------- lebih kurang macam ni lah muka aku time tu. tak tentu arah beb... terus text my ex-sleeping partner..

beb, my new rumet is non-muslim.. siap gantung cross dalam bilik. OMG~~

aku pun terus ngadu kat ayah, pasal mende nih.. maklumlah xde pengalaman pasal mende2 cani...


yang paling best, jawapan ayah sangat simple dan penuh bermakna :)

okay la tu, sekurang-kurangnya rumet eyda tu beriman orangnya, ada pegangan dan agama... cume agama dia je lain. daripada orang yang takde agama, lagi susah..diorang takde pegangan. mane la tau eyda boleh Islamkan dia... cube lah.

saya sebagai anak dan muslimah rasa lega dapat rumet camni, so far..rumet saya baik je... bab mengIslamkan dia...macam tanggungjawab besar je....


kepada rakan dan saudara seIslam saya yang berada di mesir sekarang ni, harap anda baik2 dan selamat aja...saya sentiasa mendoakan anda semua. InsyaAllah :)


p/s: I Love You


January 28, 2011

InsyaAllah....






~saya dah bosan update status kat facebook....so, update kat sini pulak la~

January 5, 2011

syurgaku?

berakhirlah zaman penjajahan aku kat office bapak aku.

tak payah merempat sane sini

skali skala aku merempat kolej laki, bagi kontrovesi rakan-rakan sebaya dan sekuliah.

akhirnya i dapat kolej setelah bersusah payah melayan karenah mawar yang macam ********** tu

dengan ini saya mengisytiharkan, mawar adalah jajahan saya yang seterusnya, gugurlah status NR aku...

harap dapat rumet yang baik... haha susah oh rumet cam harem~

buat mase ni aku tak pernah lagi experience rumet camtu...semua rumet baik-baik belaka :) miss u all lah :D

oh yaa..... ada 2 orang rumet saya same klas dengan saya..

terubat rindu sket :)

miss kakakikikuku dan miss norin. yeah rumet ku klasmet ku...

klas saya banyak kat intekma, harapan besar saya sem ni, semoga saya cepat kurus :P


ps: orang kata, rumahku syurga ku.... kalau kolejku ape lak ek? macam susah je nk jadikan mawar pegang title camtu...

January 2, 2011

klas pertama

sudah2 la menagih dadah tu..


dadah dan saya tidak ada kene menegene
apetah lagi dengan first class saya...

klas pertama untuk sem ni adalah java..
setelah sesat 10 minit mencari klas, akhirnya saya sampai juga dengan selamat
amazingnya, sayalah org pertama yang menjejakkan kaki ke klas
lecturer yang sangat baik hati tu telah mengajar saya sorang tadi...
dah macam private tutor lak..
lagi 5 minit klas da nak abes, baru lah didatangi lagi seorang student
"yeah saya ada classmate"

dia cakap baru ada 3 org student yang daftar subject ni..
ohtidak.com esok saya ada klas java lagi..
mungkin saya akan belajar berdua je dengan miss classmate tadi

memandangkan saya ada kesepatan untuk online, saya telah gunekan sebijaknya untuk update blog.. okay lah, nk g klas calculus lak....