May 13, 2011

suara wanita ni aurat ke?

oh susah la kalau suara ni aurat...nak berkomunikasi guna bahasa isyaratlah jawabnya...


kepada para wanita, jagalah adab kalian untuk berbicara..

tak susah pun nak jaga...borak ja macam biasa.. tak payah nak guna bahasa isyarat.

kan Allah da ciptakan mulut dan suara untuk digunakan sebaiknya :)


“...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]


kepada gadis-gadis yang dianugerahkan suara yang merdu, lunak, dan sebagainya...

ini mungkin cabaran besar bagi anda..

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat, 'suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

source

kalau rasa nak jugak cakap gedik-gedik, manja2...bolehhh

ini adalah golongan yang anda boleh menggedik dan menyanyi..

“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...”[An Nur: 31]


satu lagi yang anda sangat-sangat digalakkan baca untuk menghapuskan segala kemusykilan..kalau ada gak...saya sudi berbincang dengan anda :)

sila kelik adakah suara wanita itu aurat?



ps: da lame aku xupdate blog, rasa macam skema je ayat di atas..


2 comments:

Cik Ateen said...

ida mu dah kena tag..
meh sini

http://sisillybilly.blogspot.com/2011/05/le-beau-monde-giveaway.html

aNdi.Hanin::حنين said...

kalau cakap gedik2 *sambil gulek2 dengan bantal*on phone ngn lelaki, pun...suara kire aurat gak kan? ekek :P