July 3, 2010

chapter 2

okay, masuk kali da ke sejuta kali saya cakap camni:
nak diet!!

saya mula terfikir nk diet ni
lepas tersedar, metabolisme saya rendah.
da makan berjam2 pun masih lagi tak turun2 makanan ni
mungkin saya perlu lakukan sesuatu.

saya terus google, cara2 untuk meninggikan kadar metabolisma
Allhamdulillah jumpa.
bak kate orang, google memang la senang, nak buat yang payah
huhuhu xpe la, yang penting ada usaha...


10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme:



1. Bina otot-otot (build Muscle)
sebenarnya, badan kita masih lagi membakar kalori walaupun tengah rehat (baru saya tau). bagi anda yang taff lebih berotot, kadar metabolisme waktu rehat anda adalah lebih tinggi. setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.


2. Bersenam aerobik atau berjogging
Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya. kiranya xsia2 la saya berjogging. i like this one.

3. Minum banyak air
Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak. Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak
sebelum makan. disamping itu, boleh kurangkan pengambilan makanan (dah kenyang air). Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air
Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis. saya xsuka minum berais la... tapi aiskrim xpe la.

5. Makan snack lebih kerap
Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil
snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam. haha saya makan macam biasa gak walaupun amek snack, aiskrim, gula2...

6. Pedaskan masakan anda
Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme. err...pedas??

7. Makan lebih protein
Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit (kita bogelkan ayam dulu ya kawan2), tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8. Minum kopi
Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. ( da lame xminum kopi xde gula ex-rumet pny)

9. Minum teh hijau
Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. (saya minum teh hijau dengan gula y bergelen2)

10. Elakkan crash diet
Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.


Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:

1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi. (mungkin saya xlayak)

2. Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak-faktor hormon)

3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas. (ouh saya perlu diet sebelum usia ini)


renung-renungkan dan selamat beramal


Photobucket

5 comments:

Musafir Melayu said...

salam...you forget one more thing;

"be HAPPY"

most people doesn't realise that stress can also lead to obese...

do whatever you want to do, but don't forget to enjoy life!

anDi said...

saya suka pedas, dan bergentik metabolisme tinggi...pdn la makan bkilo2 pn x gumuk3. keh3.

lepas ni ko sumbat mulut ko ngn wasabi bebbanyak. haha.

wassap.wassap.~

ehem encik musafir melayu, saya stress, sy turun 4 kilo ooo.

nur hidayah said...

Musafir melayu: huhuhu saye selalu happy.. makin happy makin gumuk.
cane ekk
ekeke
xpe la, kire okek la tu
bley d amalkan gak :)

andi: haha nk sket genetik anda..
mane la tau bley ilangkan keboroian :P

NurZalina Osman@ NinaCole said...

yeah...jom kite kuruskan badan.....
go akak...i support u gogo ale2

nur hidayah said...

nina: haha meh la diet same2 :D