May 29, 2011

3in1 baik untuk kesihatan minda

memandangkan result tak keluar lagi...pelajar2 UiTM dilanda debaran, kerunsingan, ketakutan, ketabahan, kebengangan, ketakwaan, kelalaian, dan keduniaan

tiba2 aku pun ter-flash back masa study week dan exam week...

maklumlah time tu blog aku suci dari entry2 baru... so aku jamakkan lah sekali semuanya dalam satu entry.


3 hari pertama study week aku balik rumah. konon-kononnya home sick. maka beginilah cara aku study di rumah, bagi mereka yang masih belum hebat lagi, jangan tiru... segala kemerosotan anda adalah atas tanggungan sendiri.


ni lah cara2 belajar sambil ber-tv dan ber-facebook.. 3 in 1 gittew..


sebagai warga mawar yang sejati, saya suke study di bilik dan study di hujung koridor kolej...gambar hujung koridor xsempat ditangkap memandangkan tengah khusyuk study. study group lagi...


ni boyfriend saya, biasanya dia dodoikan saya tidur dengan movie2 yang ada dalam perut dia. dia romentik, penyayang, kadang2 kuat cemburu.. err..


ni la keadaan meja komputer dan katil saya time study week...


tatkala terputus hubungan Internet, handphone, surat, fax...biarlah burung menghubungkan orang yang berada di Malaysia dan Indonesia..woha..


kadang-kadang, saya study kat library sambil menikmati aircond dan menikmati keindahan alam, mata pun terasa segar dan bersih. yeah!


jangan tak percaya, ni lah library uitm... tetiba aku bangge jadik warga uitm. aiceh...

study kat bilik snooker pun best gak..rasa bangge jadik warga mawar gak hoh~


sementara tunggu result ni, tak semestinya takde mende bley buat, memandangkan time jawab exam hari tu dah perah otak, study sungguh, berhempas pulas... dah macam jihad gak.. so, sementara menunggu result yang dikatekan keluar 17 Jun 2011 ni, tawakal lah, doa bebanyak..

bak kate omputeh...

you reap what you sow

so, ape yang lepas jadikan pengajaran..next sem perbaiki lagi segala kelemahan... (pesanan untuk diri sendiri ni, kalau nak terasa, silakan....)





ps: OMG...cepatlah bukak sem!... err tajuk tade kaitan dengan entry...biasa la tu...











May 20, 2011

bila budak U cuti 4 bulan........

asal cuti jeee update blog... asal update blog je mesti cuti......

dah 4 tahun saya menjadi budak U yang sejati...baru hari ni terasa nak belajar cara-cara mengira GPA dan CGPA

setelah saya google untuk pastikan stalker blog saya sentiasa berada di jalan yang benar dan mendapat maklumat yang tepat, maksud GPA adalah Grade Point Average. ala markah korang every sem tu la..

untuk UiTM, grade kite begini:


A + : 4.00
A : 4.00
A - : 3.67
B + : 3.33
B : 3.00
B - : 2.67
C + : 2.33
C : 2.00
C - : 1.67
D + : 1.33
D : 1.00
E : 0.67
F : 0.00

sekiranya anda mendapat grade yang saya warnakan merah ni, lecturer akan menganggap anda sangat berminat dengan subject yang anda ambil, dan anda layak untuk ambil semula pada semester hadapan. tahniah.

keputusan :

Subject

Kredit

Gred

Mata Nilai

Jumlah Mata Nilai

Financial Accounting

3.0

A

4.00

12.00

English Language

3.0

B

3.00

9.00

Prinsip-prinsip Asas Islam

2.0

B

3.00

6.00

Kesatria Negara I

1.0

A+

4.00

4.00

Business Mathematics

3.0

A-

3.67

11.01

Management

3.0

B

3.00

9.00

Fundamental of Transportation

3.0

A

4.00

12.00

cara pengiraan :


GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai / Hasil tambah semua kredit


GPA = (12.00+9.00+6.00+4.00+11.01+9.00+12.00)/(3.0+3.0+2.0+1.0+3.0+3.0+3.0)


GPA = 63.01/18

GPA = 3.50

tadaaa...da siap kira...senang je nak kira sebenarnya, untuk kira CGPA, sama macam kira purata..

maru Pictures, Images and Photos






May 13, 2011

suara wanita ni aurat ke?

oh susah la kalau suara ni aurat...nak berkomunikasi guna bahasa isyaratlah jawabnya...


kepada para wanita, jagalah adab kalian untuk berbicara..

tak susah pun nak jaga...borak ja macam biasa.. tak payah nak guna bahasa isyarat.

kan Allah da ciptakan mulut dan suara untuk digunakan sebaiknya :)


“...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]


kepada gadis-gadis yang dianugerahkan suara yang merdu, lunak, dan sebagainya...

ini mungkin cabaran besar bagi anda..

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat, 'suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

source

kalau rasa nak jugak cakap gedik-gedik, manja2...bolehhh

ini adalah golongan yang anda boleh menggedik dan menyanyi..

“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...”[An Nur: 31]


satu lagi yang anda sangat-sangat digalakkan baca untuk menghapuskan segala kemusykilan..kalau ada gak...saya sudi berbincang dengan anda :)

sila kelik adakah suara wanita itu aurat?



ps: da lame aku xupdate blog, rasa macam skema je ayat di atas..