July 30, 2012

happy ramadhan al-mubarak

salam ramadhan dan salam ziarah.... yeah akhirnya ada gak masa untuk ziarah  blog2 sekeliling..
selamat menunaikan rukun islam yang ke 3... :) berpuasa pada bulan ramadhan.
bulan yang dirindui dan bulan untuk bercinta.. woha..

banyak jugak hikmah bulan ramadhan ni jatuh pada cuti sem.
sem lepas pun banyak perkara terjadi yang xterkate untuk diluahkan..
maka..marilah menggambarkannya..


macik yang happy go lucky ni telah selamat di nikahkan sem lepas... gelojoh sangat wat majlis time aku final paper last sem.. huih.. tahniah la..

puan purple ini juga telah selamat diijab kabulkan dengan pilihannya.. :) kami sebagai miss penyempit sempat semput2 datang sini dengan undangan segera.. sangat best...

ex-rumet dari penang datang untuk majlis cukur jambul baby abang.. hoho.. kak sumayyah

dengan ini, bunda saya sudah naik pangkat jadik nenek.. thanks to khaleef irfan afif... panggil adik je.. keh3..

yang pegi daurah hari tu boleh like gamba ni.. ihiks

ni lah salah satu keje yang saya buat semasa cuti sem.. xmaen la kad raya berlagu.. ni kad kawen berlagu... sila karoke sendiri..

gambar pre-brownie sebelum masuk oven...

brownie selepas dimakan separuh... ngeh2..sedap.. sila pastikan mug anda tahan dengan tekanan oven ek.. xmo pressure kan miss mug tuh..

selamat berbuka puasa.... *wink



happy ramadhan kepada semua umat islam.. ^^,

lokasi rompakan gambar 







kepada team braces... gigi baru selepas setengah taun bersama besian..


February 15, 2012

pasal braces lagi

ada ramai rakan sebaya dan tak sebaya tanya saya pasal gigi besian ni..
ini adalah soalan terkumpul...




1. buat kat mana?


kat UiTM, fakulti pergigian kat shah alam. ape yang korang kene buat, g daftar, buat kad. untuk student dan warga emas adalah percuma. orang luar akan dicaj rm10 rasanya. pastu request kat staff sane untuk masukkan nama anda dalam waiting list rawatan pendakap gigi aka orthodontic. then, staff kat sana akan terangkan lagi panjang lebar.. biasanya korang akan tunggu turn korang at least 2 tahun.




2. how much?

kat klinik swasta paling murah rm5000... tak xtermasuk x-ray, cabut gigi, dan scaling. buat kat dalam UiTM ni kene rm2000 paling murah untuk everything samada korang student atau tak..


3. camne nk gosok gigi?

tengok kat sini... haha betapa malasnya aku nk taip


4. tak sakit ke?


depend kat orang la...bagi aku, seminggu pertama je sakit, xleh nak kunyah sangat.. makan bubur la kau.
buat masa ni masih lagi xde ulser, so..memang depend kat orang la..


5. kenapa pakai braces?
next question.


6. kene cabut gigi ke?
tengok keadaan gigi ko. aku kene cabut 4 batang gigi.. sakit dalam sehari la, kene la pandai2 jaga gigi lepas cabutan.

cara2 nk jaga:

  • jangan minum air panas, air sejuk digalakkan. so makanlah abc lepas cabut gigi
  • jangan kumur2 dalam masa 24jam, kalau boleh jangan gosok gigi pun (ini siyes)
  • jangan makan mende yang keras
  • elakkan kerja2 berat
  • gigit gauze lepas cabutan at least setengah jam, kalau boleh jangan tukar gauze dalam masa setengah jam tu.
saya bukan student dentis kalau salah sila betulkan, ini disampaikan kepada saya selepas cabutan gigi pertama dibuat oleh abang dentis beberapa bulan yang lepas.



ni je la rasanya soalan yang femes... kalau ada soalan lain..sila la komen di bawah ni, gugel sendiri adalah digalakkan. ahak...

February 11, 2012

harapkan pagar, pagar makan sendiri...

dear diary,
masuk ni sudah 2 bulan saye berpagaran di gigi.
gigi saya nampak shinning, silau mata memandang, dan xmelekat dek magnet
(okay siyes saya try dengan magnet)

okey ni gigis saya y comelsss. gigi bungsu y bawah tu memang sukahati dia je nak kua camne...
si bungsu ni memang keras kepala... xikut direction yang betul. ikut skati kau lah nk kuar camne, mama xkisah dah.. mama redha...

saye kene berpisah dengan 4 batang gigis yang comels untuk dipagarkan...
inilah rupa gigi pagar first day...


yeah sangat sakit di malam pertama... siang2 xsakit...
siyes tak sakit. siap makan keropok ag.. bila da sampai malam, nak sentuh gigi sendiri pun sakit.


bulan ke2 kaler hijau.. tak banyak perubahan pun..
gigi bahagian atas sebelah sitaring da berkerjasama.. mereka da bersama2... ok la ni.. happy :)
memandangkan appointment saya ditunda oleh dokter tu sendiri... gigi saya untuk bulan ke3 masih lagi bergerak...

move it! move it!



okay.. ni gigi untuk bulan ke3, mereka beri kerjasama untuk bergerak kekiri dan kekanan.
jiran si taring sudah mesra dengan taring.. yeah

next appointment nak pilih kaler pink.. ahaks







harap gigi bungsu yang mereng itu tak keluar lagi sebelum appointment saya, xnak buat surgery dulu... oh please...




*mereng dalam bahasa jawa = senget


February 10, 2012

i believe! do you believe?

semua ujian tu ada hikmahnya, samada anda sedar atau tak, anda sentiasa diuji oleh kesenangan dan kesusahan...
banyak duit pun susah, xde duit pun susah, tapi percayalah, orang yang xde duit boleh lagi happy dari orang yang berwang bila dia happy dengan ujian tu :)
camne nak happy? xpayah fikir sangat lah pasal duit tu, rezeki Allah ada kat mana2...
rajin2kan lah buat solat dhuha.. amati makna doa solat dhuha. sangat indah bukan?

“Ya Allah sesungguhnyanya
waktu dhuha itu waktu dhuhamu,
kecantikan itu ialah kecantikanmu,
keindahan itu keindahanmu,
kekuatan itu kekuatanmu,
kekuasaan itu kekuasaanmu
dan perlindungan itu perlindunganmu.”

“Ya Allah jika rezekiku ada di langit, turunkanlah
dan jika ada di bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
limpahkanlah kepada kami
segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hambamu yang soleh”

satu lagi ujian bila bunda kesayangan diuji dengan sakit leptospirosis (kencing tikus). 
time ni memang siyes da xde kekuatan nak buat aktiviti klas... (sorry madam, banyak ponteng klas)
memandangkan wad mak cuma perempuan je bley jaga, so saya sebagai anak dara mak satu2nya.. sayalah yang bertanggungjawab utk stay sana. 
alhamdulillah, kehidupan ketika itu miserable dan saya sangat disayangi.. ahak.

saya dapat hug dan kiss dari lecturer saya sem lepas... 
dapat beberapa kata2 semangat dari lecturer2 sem lepas dan sem ni
dapat doa dari rakan2
dapat semangat dari bunda :)
dapat rezeki dari Allah..(alhamdulillah) :)
dan.... terimakasih yang datang melawat dulu... sangat appreciate :)
percayalah, saya taip semua diatas dengan senyuman :)

fact: 
tahukah anda, dengan memandang wajah ibu saja anda sudah dapat pahala?
saya harap semua ni dicatat dalam diari kebaikan saya untuk dihitung nanti...

ujian ni akan buat kita dekat dengan Allah, doalah banyak2 :) i believe!
saya hadiahkan lagu ni kepada readers.. oh yeah





.: kejap aku, kejap saye...xde pendirian sungguhla :.

October 9, 2011

monday, tuesday, wednesday,...

saya dah ada adapter wireless yeah :P
untuk pertama kalinya dalam 5 tahun saya blaja ni,
baru pertama kali saya dapat menikmati wireless uitm. terimakaseh

kini komputer saya tidak bisu lagi selepas adanya usb speaker disisi :P

September 1, 2011

hari-hari hari raya


selamat hari raya aidilfitri..


last day aku kerja adalah last day puasa = last day aku tiada suara.. sangat sebak bile ada customer wish selamat hari raya dan aku cume reply dengan mengangguk sambil bercakap tanpa ada satu bunyi pun yang keluar dari mulut. yang paling sadis bila ada customer tanya " balik mana kak?" aku cume... T_T

sangat bertuah bila raya ada suara walaupun pinjam suara ella... dapat la gua wish raya kat semua orang... kepada customer yang wish dulu tu....aku nk wish balik, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN...


kepada anda rakan-rakan bloggers, rakan2 dunia maya, rakan2 dunia bumi...

selamat hari raya, mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, terngumpat terkutuk samada sengaja atau tak. mintak maaf zahir batin ye...


segala gambar ihsan dari gugel


July 16, 2011

...kerana segalanya perlukan pengorbanan

disebabkan semuanya perlukan pengorbanan, barulah ada perubahan.

kalau xnak berkorban ape2, silalah harapkan rakan seperjuangan anda yang lain berkorban.

nak duit, kene kerja
nak kerja, kene ada ilmu
nak ilmu, kene pergi menuntut
.... semuanya perlukan pengorbanan...



nak pahala, kenelah rajin beribadah, beramal, beristiqamah..
welcome back ramadhan :)
mari collect pahala beramai2



nak tangkap ikan di air yang cetek, kene korbankan tudung sendiri...


July 11, 2011

yes, ini lah negara yang kita

ini bukan surat berantai mahupun video berantai,
tapi, sila lah sebarkan untuk kebahagiaan kita bersama




sungguhpun terasa seperti mahu mencarut, tapi gua pendamkan saja..

video paling hanjeng untuk bulan nih..hinsss


July 7, 2011

yang merah itu polo

rasanya jiwa dan hati saya bukannya di restoren, mungkin dicelah-celah baju baby.. ahah :)

selepas merisik dan dirisik, kini saya telah bertemu jodoh dengan kekasih lama saya. mungkin ni lah yang dikatakan "kalau dah jodoh tak kemana".

kepada readers dan diri sendiri,

sempene bulan sya'ban dan bulan ramadhan yang bakal tiba ni, harap segala ibadah berjalan lancar, diterima segala amal, dan selamat menjalani ibadah puasa :)


welcome back Polo. good bye vivo..



lepas ni xpayah la pakai uniform yang seksis2.

July 5, 2011

waitress itu seksi


sudah genap sebulan aku berjaya kerja sebagai waitress yang seksis di vivo. kalau anda rajin, sila lah melawat di restoren ini, jangan datang weekends... JANGAN DATANG WEEKENDS... boleh dikatakan majoriti customer yang datang weekends akan bagi feedback 'lembab sungguh vivo nih'

bagi aku, makanan sedap2 ja kat sini...(walaupun aku tak dapat makan free, aku sudah tahu ape rasa makanan ni dengan melihat)

banyak dugaan masa nak carik rezeki ni, tambah2 lagi tempat aku kerja ni ramai cine, banyak gak pengajaran yang aku dapat :)

letakkan diri sendiri 100% sebagai waiter, tak kisah lah ko ni mahasiswa ke manager ke, bila kerja sebagai waiter, anggap diri ni 100% sebagai waiter.. so sekiranya anda masih lagi seorang pelajar, letakkan lah diri anda 100% sebagai pelajar semasa di klas. :)

mereka semua berebut2 untuk menunaikan tanggungjawab sebagai waiter sampai berebut tugas dengan aku, so.. jangan lah pertikaikan sangat kenapa cina boleh maju sedangkan melayu masih dibelakang.. bak kate lecturer aku satu ketika dahulu, if you can't beat them, join them.


err bila gaji nak masuk ni?

May 29, 2011

3in1 baik untuk kesihatan minda

memandangkan result tak keluar lagi...pelajar2 UiTM dilanda debaran, kerunsingan, ketakutan, ketabahan, kebengangan, ketakwaan, kelalaian, dan keduniaan

tiba2 aku pun ter-flash back masa study week dan exam week...

maklumlah time tu blog aku suci dari entry2 baru... so aku jamakkan lah sekali semuanya dalam satu entry.


3 hari pertama study week aku balik rumah. konon-kononnya home sick. maka beginilah cara aku study di rumah, bagi mereka yang masih belum hebat lagi, jangan tiru... segala kemerosotan anda adalah atas tanggungan sendiri.


ni lah cara2 belajar sambil ber-tv dan ber-facebook.. 3 in 1 gittew..


sebagai warga mawar yang sejati, saya suke study di bilik dan study di hujung koridor kolej...gambar hujung koridor xsempat ditangkap memandangkan tengah khusyuk study. study group lagi...


ni boyfriend saya, biasanya dia dodoikan saya tidur dengan movie2 yang ada dalam perut dia. dia romentik, penyayang, kadang2 kuat cemburu.. err..


ni la keadaan meja komputer dan katil saya time study week...


tatkala terputus hubungan Internet, handphone, surat, fax...biarlah burung menghubungkan orang yang berada di Malaysia dan Indonesia..woha..


kadang-kadang, saya study kat library sambil menikmati aircond dan menikmati keindahan alam, mata pun terasa segar dan bersih. yeah!


jangan tak percaya, ni lah library uitm... tetiba aku bangge jadik warga uitm. aiceh...

study kat bilik snooker pun best gak..rasa bangge jadik warga mawar gak hoh~


sementara tunggu result ni, tak semestinya takde mende bley buat, memandangkan time jawab exam hari tu dah perah otak, study sungguh, berhempas pulas... dah macam jihad gak.. so, sementara menunggu result yang dikatekan keluar 17 Jun 2011 ni, tawakal lah, doa bebanyak..

bak kate omputeh...

you reap what you sow

so, ape yang lepas jadikan pengajaran..next sem perbaiki lagi segala kelemahan... (pesanan untuk diri sendiri ni, kalau nak terasa, silakan....)





ps: OMG...cepatlah bukak sem!... err tajuk tade kaitan dengan entry...biasa la tu...











May 20, 2011

bila budak U cuti 4 bulan........

asal cuti jeee update blog... asal update blog je mesti cuti......

dah 4 tahun saya menjadi budak U yang sejati...baru hari ni terasa nak belajar cara-cara mengira GPA dan CGPA

setelah saya google untuk pastikan stalker blog saya sentiasa berada di jalan yang benar dan mendapat maklumat yang tepat, maksud GPA adalah Grade Point Average. ala markah korang every sem tu la..

untuk UiTM, grade kite begini:


A + : 4.00
A : 4.00
A - : 3.67
B + : 3.33
B : 3.00
B - : 2.67
C + : 2.33
C : 2.00
C - : 1.67
D + : 1.33
D : 1.00
E : 0.67
F : 0.00

sekiranya anda mendapat grade yang saya warnakan merah ni, lecturer akan menganggap anda sangat berminat dengan subject yang anda ambil, dan anda layak untuk ambil semula pada semester hadapan. tahniah.

keputusan :

Subject

Kredit

Gred

Mata Nilai

Jumlah Mata Nilai

Financial Accounting

3.0

A

4.00

12.00

English Language

3.0

B

3.00

9.00

Prinsip-prinsip Asas Islam

2.0

B

3.00

6.00

Kesatria Negara I

1.0

A+

4.00

4.00

Business Mathematics

3.0

A-

3.67

11.01

Management

3.0

B

3.00

9.00

Fundamental of Transportation

3.0

A

4.00

12.00

cara pengiraan :


GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai / Hasil tambah semua kredit


GPA = (12.00+9.00+6.00+4.00+11.01+9.00+12.00)/(3.0+3.0+2.0+1.0+3.0+3.0+3.0)


GPA = 63.01/18

GPA = 3.50

tadaaa...da siap kira...senang je nak kira sebenarnya, untuk kira CGPA, sama macam kira purata..

maru Pictures, Images and Photos






May 13, 2011

suara wanita ni aurat ke?

oh susah la kalau suara ni aurat...nak berkomunikasi guna bahasa isyaratlah jawabnya...


kepada para wanita, jagalah adab kalian untuk berbicara..

tak susah pun nak jaga...borak ja macam biasa.. tak payah nak guna bahasa isyarat.

kan Allah da ciptakan mulut dan suara untuk digunakan sebaiknya :)


“...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]


kepada gadis-gadis yang dianugerahkan suara yang merdu, lunak, dan sebagainya...

ini mungkin cabaran besar bagi anda..

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat, 'suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

source

kalau rasa nak jugak cakap gedik-gedik, manja2...bolehhh

ini adalah golongan yang anda boleh menggedik dan menyanyi..

“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...”[An Nur: 31]


satu lagi yang anda sangat-sangat digalakkan baca untuk menghapuskan segala kemusykilan..kalau ada gak...saya sudi berbincang dengan anda :)

sila kelik adakah suara wanita itu aurat?



ps: da lame aku xupdate blog, rasa macam skema je ayat di atas..


March 5, 2011

falling in love

luve

saya rasa saya sedang curahkan rasa cinta dan hati saya ditempat yang betul.

semakin hari saya semakin cinta kat course yang saya amek nih.

ada satu movie yang saya tengok..sangat2 memberi ransangan kat hati dan jiwa.. (kira tacing gak la)

wat masa ni, tu la satu-satunya cerita hindustan yang saya sanggup tengok ulang2

penuh dengan motivasi dan pengajaran.


studying does not only involve our brains, but our livers hearts, too.


so, kepada anda yang masih lagi belajar,

silalah jatuh cinta dan berkahwin dengan course anda :)

doakan saya berjaya


3 idiots' inspired me :)


Doa Usaha Istiqamah Tawakal

sangat penting untuk berjaya... menabunglah dari sekarang :)



Kalam Saiyidatina Aisyah : "Wanita solehah itu, di bibirnya tiada nama lelaki, di bibir lelaki tiada namanya. Dia tidak suka dipandang, dan dia tidak suka memandang.

credit to kak una senpai :)









sangat2 malas nk menaip... ni lah sinopsis untuk entry kali ni

February 12, 2011

tolong ingatkan aku

meh nyanyi lagu ana raffali sesame :P




sekali lagi aku sangat sibuk minggu ni..

biasa la tu..student.. :)
tak banyak masa nak membebel kat blog ni.

motif utama balik rumah every weekend ni, sebab lecturer suruh.

dia suruh buat "kerja rumah" mesti la aku kene balik
sampai je kat rumah....terus nampak makanan....
terus lupa kerja rumah..

so, tolong ingatkan aku~~


p/s: aku bizik2 pun sempat la layan youtube ni.. untuk buat gelak2 :) terus aku share di sini

February 5, 2011

p/s: I Love You

fuhhhhh fuhh fuh!!!

okay dah hilang habuk kat blog nih...


dah lame tak update... memang serious xde masa.. ni lah masa terluang yang ada..

entry kali ni sambungan dari entry syurgaku tuh...


perasaan pertama bila nampak barang2 rumet baru aku tu, biasa je... tak de la happy mana..

cuma terkejut nampak cross (O.O") <--------------- lebih kurang macam ni lah muka aku time tu. tak tentu arah beb... terus text my ex-sleeping partner..

beb, my new rumet is non-muslim.. siap gantung cross dalam bilik. OMG~~

aku pun terus ngadu kat ayah, pasal mende nih.. maklumlah xde pengalaman pasal mende2 cani...


yang paling best, jawapan ayah sangat simple dan penuh bermakna :)

okay la tu, sekurang-kurangnya rumet eyda tu beriman orangnya, ada pegangan dan agama... cume agama dia je lain. daripada orang yang takde agama, lagi susah..diorang takde pegangan. mane la tau eyda boleh Islamkan dia... cube lah.

saya sebagai anak dan muslimah rasa lega dapat rumet camni, so far..rumet saya baik je... bab mengIslamkan dia...macam tanggungjawab besar je....


kepada rakan dan saudara seIslam saya yang berada di mesir sekarang ni, harap anda baik2 dan selamat aja...saya sentiasa mendoakan anda semua. InsyaAllah :)


p/s: I Love You


January 28, 2011

InsyaAllah....






~saya dah bosan update status kat facebook....so, update kat sini pulak la~

January 5, 2011

syurgaku?

berakhirlah zaman penjajahan aku kat office bapak aku.

tak payah merempat sane sini

skali skala aku merempat kolej laki, bagi kontrovesi rakan-rakan sebaya dan sekuliah.

akhirnya i dapat kolej setelah bersusah payah melayan karenah mawar yang macam ********** tu

dengan ini saya mengisytiharkan, mawar adalah jajahan saya yang seterusnya, gugurlah status NR aku...

harap dapat rumet yang baik... haha susah oh rumet cam harem~

buat mase ni aku tak pernah lagi experience rumet camtu...semua rumet baik-baik belaka :) miss u all lah :D

oh yaa..... ada 2 orang rumet saya same klas dengan saya..

terubat rindu sket :)

miss kakakikikuku dan miss norin. yeah rumet ku klasmet ku...

klas saya banyak kat intekma, harapan besar saya sem ni, semoga saya cepat kurus :P


ps: orang kata, rumahku syurga ku.... kalau kolejku ape lak ek? macam susah je nk jadikan mawar pegang title camtu...

January 2, 2011

klas pertama

sudah2 la menagih dadah tu..


dadah dan saya tidak ada kene menegene
apetah lagi dengan first class saya...

klas pertama untuk sem ni adalah java..
setelah sesat 10 minit mencari klas, akhirnya saya sampai juga dengan selamat
amazingnya, sayalah org pertama yang menjejakkan kaki ke klas
lecturer yang sangat baik hati tu telah mengajar saya sorang tadi...
dah macam private tutor lak..
lagi 5 minit klas da nak abes, baru lah didatangi lagi seorang student
"yeah saya ada classmate"

dia cakap baru ada 3 org student yang daftar subject ni..
ohtidak.com esok saya ada klas java lagi..
mungkin saya akan belajar berdua je dengan miss classmate tadi

memandangkan saya ada kesepatan untuk online, saya telah gunekan sebijaknya untuk update blog.. okay lah, nk g klas calculus lak....

December 31, 2010

GIVEAWAY DARI SHAWLSAYUCINTA

okay la...kali ni btul..

ni entry terakhir tahun ni..haha :P

disebabkan aku nk shawl nih...terpakse la langgar janji diri sendiri.

saya dah d tag oleh fatin othman.. thx ek



kalau nk join klik banner dia..

tarikh tutup 1/1/11 santekkan tarikh ni :P

syarat2 dia semua ada dlm blog dia...



dan 3 org y saya mahu tag...

ain
fateen
azie