November 29, 2010

kempen berdiet

nak berdietpun bukan senang, kene tengok jenis darah gak

saya dengan besar hati, mengadakan kempen dalam blog

"mari berdiet ikut jenis darah kita..."


darah A

digalakkan untuk terus makan sayuran dan buahan. amalkan diet jenis tinggi karbohidrat dan rendah lemak (di sini saya syorkan anda makan kentang, roti..). kajian menunjukkan cairan darah jenis ini lebih pekat berbanding yang lain. mempunyai imunisasi tubuh yang sensitif dan tidak digalakkan untuk mengambil produk tenusu, lemak haiwan, dan daging. berisiko untuk mendapat diabetes, kanser, dan gejala kardiovaskular yang lemah

darah B

perlu mengambil makanan yang seimbang. ala macam piramid makanan tu... pemilik jenis darah ini mudah diserang penyakit jantung, kerosakan hati, dan kanser.


ni lah piramid makanan tu

senangkan nak diet untuk darah jenis B ni... akulah tu

darah AB

makanlah makanan yang berasaskan sayuran dan sesekali bolehlah mengambil ikan, daging lembu, dan produk tenusu.

eh senangnya nk diet bagi penerima darah universal ni...

darah O

harus berdiet dengan makanan tinggi protein, banyakkan mengambil daging merah, makanan rendah karbohidrat dan banyakkan mengambil sayuran dan buahan. pemilik darah ini digalakkan mengambil makanan berasaskan gandum, jagung, dan elakkan produk tenusu, kekacang. berisiko menghidapi penyakit tiroid, gastrik, ulser, dan mempunyai cairan darah paling minimum. 

bukan senang nak berdiet bagi penderma darah universal ni.. leceh sungguh anda ek. 

biasala tu...dunia xsemuanya adil.. penerima dan penderma darah universal ni memang selalu bertentangan cara diet nya... 

mak aku (darah AB) kawen dengan bapak aku (darah O) bahagia je sampai sekarang walaupun cara diet berlainan... 


perbualan antara ayah dan anak,

abah: kenape darah eyda tak same macam darah mak dan abah? (aku darah B)

eyda: ..... AB + O = A, B, AB, O... okay la tu abah... 


berbalik kepada topik asal...

ini adalah makanan yang sepatutnya anda amalkan...

darah A

  • skali lagi saya tekankan, elakkan mengambil daging merah (macam daging ayam, burung, itik...) belajarlah makan ikan dengan rebus atau bakar.
  • JANGAN makan makanan yang diproses (burger, sosej, bola daging dan laen2) no mcd okay~ makanan ini mengandungi nitrat; penyebab kanser perut. sangat2 tidak digalakkan makan bagi mereka yang mempunyai asid yang rendah dalam perut.
  • hadkan pengambilan makanan laut. JANGAN mengambil makanan laut lain sekiranya anda sudah memakan ikan. dengan kata lain, anda tak boleh la menikmati makanan di seafood, seoul garden... (kesian anda)
  • amalkan makan kekacang - kekacang membekalkan protein. (disebabkan anda susah nk makan seafood, makan kacang pun jadil laa)
  • ambil sayur secara mentah! ada juga sayur yang anda harus ELAKKAN seperti kentang, tomato, keladi, kubis.. (oh nampaknya yang saya syorkan di atas tadi anda tidak boleh makanlah...)

darah B

  • jauhi seafood yang mempunyai cengkerang. - buat masa ni memang saya tak makan makanan bercengkerang kecuali ketam :D

info: kandungan primer gula dalam antigen darah B adalah sama dengan kadar gula dalam susu. mungkin sebab ni nyamuk mencintai saya

  • anda boleh menerima semua jenis produk tenusu dan telur
  • elakkan kekacang
  • gunakan minyak zaitun dalam masakan, ia membantu melancarkan penghadaman. 

darah O

  • anda boleh menikmati segala jenis daging. jangan makan daging babi sudah la ek
  • boleh menikmati makanan laut dengan bahagia.
  • pilih sayuran hijau, ada vitamin K tahu~



darah AB mana?? haha tatau2... korang cari la sendiri.. :P

darah AB ikutlah cara di atassss tadi ek.. 

marilah sama2 menjaga kesihatan diri kita... - pesanan dari pengerusi kempen




3 comments:

Anonymous said...

aku darah A.. kene kurangkan seafood? peh..mati aku. i love seafood. huuhhuhu..

Zubair said...

sama la aku darah A gak..ntah la malas nak sukat makan bak kata nik aziz makan selagi sehat nanti dah tue sure byk ptg larang time tu meleleh tgk org makan gigi pun ntah kuat tak... from me setiap makanan ada khasiat cuma jgn overload lor ..kan allah dah berfirman jgn lah kamu berlebih lebih ~ maka renugkan lah

nur hidayah said...

saya dapat ni dari majalah...sharing is loving :)